Ramai Terhibur Tengok Cubaan Abang Bomba Pujuk Anjing Merajuk, “Bukan Senang Nak Pujuk Ni…”

Sponsored

Tular di media sosial sebuah video memaparkan gelagat lucu seekor anjing yang sedang dipujuk oleh seorang anggota bomba. Di dalam video tersebut, kelihatan anjing itu yang terperangkap di atas balkoni sebuah bangunan yang agak tinggi kawasannya.

Dalam masa yang sama, seorang anggota bomba dilihat berada di sebelah anjing itu dalam usaha untuk memujuk haiwan tersebut untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat. Namun anjing itu dikatakan sedang merajuk dan langsung tidak melayan anggota bomba itu.

Sponsored

Malah anjing itu juga siap memalingkan mukanya dan memandang ke arah dinding selain tidak mengendahkan anggota bomba yang membawa makanan untuknya. Aksi pujuk memujuk itu juga turut disaksikan oleh beberapa anggota bomba lain yang turut sama berada di lokasi kejadian.

“Bukan senang nak pujuk ni, abang bomba juga lah kena bagi ayat manis.”

Sponsored

Perkongsian video itu turut membuatkan ramai terhibur melihat gelagat anjing itu yang merajuk mengalahkan kaum wanita. Sehinggakan anggota bomba itu juga kelihatan buntu selepas anjing itu tidak mahu mengambil makanan di tangannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat cubaan anggota bomba itu memujuk anjing yang sedang merajuk ini. Dalam masa yang sama, ada juga yang tertanya-tanya apakah sebenarnya punca yang menyebabkan anjing itu merajuk sehingga begitu sekali.

Sponsored

“Makin tambah respect kat abam-abam bomba kita ni, serba boleh jiwa mereka.”

“Teruk putus cinta beliau ni, siap melepek abang bomba pujuk.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberfacebook