Risau tengok hashtag ‘The best never rest’ Hairul Azreen, peminat minta tolong Hanis Zalikha

Sponsored

Umum diketahui kecederaan dialami oleh pelakon aksi popular, Hairul Azreen pada Februari lalu sehingga dia perlu berehat daripada shooting. Hairul Azreen bagaimanapun dikenali ramai sebagai pelakon yang begitu komited dalam kerjayanya itu.

Malah orang ramai begitu menyukainya apabila terlibat dalam filem aksi apabila dia memberikan yang terbaik dan kelainan dalam setiap filem yang dirinya terlibat. Malah tagline ‘ The Best Never Rest’ juga sudah sinonim dengan dirinya. Terbaharu, beberapa keping foto dikongsikan Hanis Zalikha mendapat perhatian ramai.

Sponsored

“Budak lasak saya ni la Hairul Azreen,” tulisnya disamping memuat naik dua keping foto yang menunjukkan kaki Hairul Azreen dalam keadaan dirawat. Warganet bagaimanapun menghujani dengan pelbagai reaksi mendoakan kesihatannya itu.

Namun begitu, ternyata ia mengundang rasa bimbang peminat terhadap Hairul Azreen yang ada antaranya meminta pelakon aksi tersebut berehat. Malah ada juga yang sempat meminta tolong Hanis Zalikha agar menyuruhnya berehat sekejap disamping risau dengan hashtag ‘never rest’ yang kena disorok sekejap.

Sponsored

Suruh dia rest kejap boleh tak keknis. Ghisau kita lah. Hashtag never rest tu kena sorok kejap

Malah isteri kepada Dato’ Doktor Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Datin Dr. Halina juga meninggalkan komen mendoakan kesihatannya agar cepat sembuh namun dia juga mengatakan pelakon tersebut kena berehat.

Sponsored

Dengar cakap doktor tu Hairul Azreen

Semoga cepat sembuh