Ruang Pejalan Kaki Diletak Kerusi Meja Makan, Warganet Luah Rasa Kurang Senang

Sponsored

Kemudahan awam yang disediakan sudah tentunya adalah untuk kegunaan bersama. Tidak kira penduduk setempat atau orang yang lalu lalang.

Namun begitu, baru-baru ini satu ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter telah mencuri perhatian ramai. Dalam muat naik itu dipaparkan keadaan ruang pejalan kaki berbumbung yang diletakkan kerusi dan meja makan peniaga.

Sponsored

Luahan pengguna media sosial tersebut adalah seperti berikut:

“Laluan pejalan kaki berteduh dari hujan / panas buat bumbung meja makan kedai kau”

Sponsored

Berikut adalah foto yang disertakan oleh pengguna Twitter dengan nama akaun Fareeza_MN:

Perkongsian individu ini telah mencuri perhatian warganet dengan rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan peniaga berkenaan.

Sponsored

Malah ada yang berpendapat tindakan tersebut sangat mementingkan diri. Berikut antaranya:

“Lepas tu mula laa ‘tak boleh tengok orang melayu niaga sikit2 kacau”

“Kalau hujan nanti teduh je situ duduk..Kalau dia nak mintak order cakap taknak. Nak teduh je. Ni kan tempat awam”

“Susah. Ada yang jual makanan juga. Waktu hujan, pejalan kaki semua basah kuyup. Betul kalau report kena cop jadi orang yang nak lingkupkan bisnes melayu bla bla”

Meskipun begitu, terbaharu dikatakan pihak berkuasa tempatan telah angkut meja dan kerusi yang menghalang ruang pejalan kaki terbabit.

Malah muat naik menerusi akaun Facebook DBKL turut memaklumkan mengenai operasi tersebut.