Terpalit Isu Curang & Padam Gambar Isteri, Hafidz Roshdi Akhirnya Buka Mulut, “Isteri Hanya Untuk Tatapan Saya…”

Sponsored

Pelakon Hafidz Roshdi akhirnya membuka mulut tentang kontroversi membabitkan dirinya apabila dia dikatakan curang dengan isterinya. Menurut pelakon itu, dia sendiri tidak tahu dari mana khabar angin itu muncul dan dakwaan rumah tangganya bersama isteri diganggu oleh orang ketiga.

Jelasnya, hubungan dia dan isteri berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja sekaligus menafikan khabar angin yang berlegar di media sosial sebelum ini. Terdahulu, nama Hafidz Roshdi disebut-sebut selepas dia dikatakan kantoi menghantar mesej lucah dengan skandalnya dan bertindak memadam gambar isterinya di Instagram.

Sponsored

“Saya tak tahu nak cakap apa, isu itu tiba-tiba datang menyerang dan saya rasa tidak perlu nak komen apa-apa. Saya dan isteri masih bahagia dan menjalani hidup seperti biasa.”

Isu padam gambar isteri

Hafidz turut menjelaskan tentang isu dia memadam gambar isterinya di akaun Instagram dan hanya membiarkan gambar anak-anaknya sahaja di situ. Jelasnya, akaun media sosial itu hanya untuk urusan kerja sahaja dan dia lebih selesa untuk tidak memuat naik gambar keluarganya kepada umum.

Sponsored

Dalam masa yang sama, dia menafikan gambar bersama isterinya yang dimuat naik baru-baru ini adalah gambar lama. Semalam, pelakon itu berkongsikan gambar bersama isterinya selepas sekian lama mendiamkan diri susulan kontroversi tersebut.

“Saya gunakan IG untuk kerjaya saya. Saya tak post foto isteri saya kerana privacy dan isteri hanya untuk tatapan saya. Saya muat naik gambar terbaru untuk menjawab fitnah orang ramai tapi ada juga yang cakap bukan-bukan.”

Sponsored

Tambah Hafidz, dia dan isteri tidak berasa tertekan atau terkesan apabila diasak dengan isu panas membabitkan dirinya sebelum ini. Malah dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya sebagai ketua keluarga untuk menjawab dakwaan yang berlegar di media sosial melibatkan keluarganya itu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar