Video Tular Zara Zya Disarungkan Cincin Disangka Bertunang, Netizen Kecewa Kena ‘Scam’ Rupanya…

Sponsored

Beberapa hari lalu industri hiburan kecoh dengan penularan foto dan video Zara Zya disarungkan cincin. Penularan perkongsian itu menyebabkan peminat meneka Zara Zya telah disunting oleh insan istimewa dalam hidupnya.

Malah ada juga yang mendakwa pelakon wanita ini sudah bertunang dalam satu majlis merisik di kediaman milik Zara Zya tersebut. Bagaimanapun, hari ini Zara Zya memuat naik yang sebenarnya foto dan video tersebut adalah promosi produk yang menggunakannya.

Sponsored

Perkongsian rakaman tersebut telah dimuat naik di Instagram Zara Zya dengan kapsyen yang mendedahkan ia adalah promosi produk yang menggunakan pelakon ini sebagai salah seorang model.

Selain dari itu ada juga muat naik video di TikTok mengenai dakwaan Zara Zya bertunang ini. Dalam perkongsian itu dilihat Zara Zya disarungkan cincin seperti dalam rakaman yang tular sebelum ini. Berikut adalah muat naik tersebut yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun dniiilatifi:

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen akui tertipu dengan cara promosi jenama yang dibawakan oleh Zara Zya ini. Berikut antara reaksi ramai selepas mengetahui Zara Zya sebenarnya bukan bertunang dalam video yang tular sebelum ini:

“Mati-mati ingat Zara Zya dah bertunang aduhhh”

Sponsored

“Content je kot ni bertunang”

“Memang tema launching produk kawen2 erk”

“Pinang untuk jadi duta kot haha”

SumberTikTok