Uqasha Senrose Dedah Senjata Digunakan Penyerang, Minta Ambil Pengajaran Apa Yang Berlaku

Sponsored

Semalam insiden yang terjadi kepada pelakon, Kamal Adli telah membuatkan rakan selebriti dan orang ramai terkejut. Kejadian tidak disangka-sangka itu membuatkan isteri Kamal, Uqasha turut terkesan kerana dia juga berada di lokasi insiden berkenaan.

Difahamkan Kamal Adli dipukul di bahagian kepala menggunakan cota selepas sesi berniaga dan bertemu peminat mereka di Singapura. Demi keselamatan lokasi mereka kini adalah tidak didedahkan.

Sponsored

Terbaharu, Uqasha Senrose memuat naik satu video untuk menjelaskan keadaan Kamal Adli kini. Dalam video tersebut Uqasha Senrose memohon rakyat Malaysia dan Singapura tidak bertelingkah selepas kejadian menimpa suaminya, Kamal Adli diserang selepas ekspo di Singapura itu.

“Apa yang terjadi tiada kena mengena dengan negara. Malah tak berbau dan boleh berlaku di mana-mana. Jangan kerana seorang, satu nehara terkena kesannya. Tak boleh begitu.”

Sponsored

Selain itu Uqasha juga memohon apa yang terjadi dijadikan pengajaran kepada semua untuk sentiasa menjaga keselamatan diri.

“Apa yang berlaku kepada kami adalah pengajaran untuk semua orang supaya lebih berhati-hati selepas ini. Kita tak tahu siapa suka dan siapa bencikan kita. Saya harap semua orang jangan bergaduh antara negara”

Sponsored

Tambah Uqasha lagi, ketika kejadian itu rakyat Singapura turut menghulurkan bantuan dan mereka adalah masyarakat yang baik.

“Jangan kita bermusuh antara negara. Kita sama-sama cari rezeki. Saya pun ke sini untuk cari rezeki. Biar polis jalankan siasatan,” kata Uqasha.

Dalam video sama, Uqasha memohon orang ramai untuk kesembuhan suaminya itu. Tambahnya lagi dia turut trauma dengan insiden berkenaan dan akui tidak tahu apakah motif penyerang berkenaan.

Di Instagram Stories, Uqasha Senrose dedah senjata digunakan si penyerang pada malam tersebut iaitu cota. Selain dari itu, suspek berusia 33 tahun itu akan didakwa di mahkamah di Singapura hari ini.

Uqasha Senrose dedah senjata digunakan suspek

Berikut adalah perkongsian penuh video Uqasha Senrose yang dimuat naik meminta orang ramai jaga keharmonian dua negara ini: