Video Ira Kazar Dan Bapa Dihujani Komen Makian Netizen, “Cantik Awak Ni Tapi Sayang…”

Sponsored

Sejak beberapa hari ini, kecoh diperkatakan di media sosial tentang kisah rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof. Semuanya gara-gara khabar angin yang mendakwa pengarah terkenal itu telah pun berkahwin dengan orang ketiga, Ira Kazar.

Namun baru-baru ini, Syamsul tampil menepis dakwaan tersebut dan mengatakan akan menyaman pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana menyebar kenyataan tidak benar. Tambah pengarah itu, khabar angin yang berlegar di media sosial itu adalah satu fitnah.

Sponsored

Selain Puteri Sarah dan Syamsul Yusof, nama Ira Kazar juga antara yang menjadi bualan ramai sekarang ini selepas dia dikatakan sebagai orang ketiga dalam hubungan tersebut. Susulan isu yang berlaku ini, ruangan komen di video akaun Tik Tok milik wanita itu telah diserang oleh netizen.

@irakazar

Haa nah muka Pak Samad korang 😜

♬ AMARNI – Beyonce – khailadian

Terima kecaman netizen

Berdasarkan tinjauan di akaun Tik Tok milik Ira Kazar, kebanyakan netizen telah meninggalkan komen makian dan caci maki terhadap wanita tersebut. Malah ada juga yang memerli wanita itu selepas dia didakwa merosakkan rumah tangga Puteri Sarah yang masih tidak selesai sehingga kini.

Sponsored

Dalam masa yang sama, ada juga yang menasihatkan wanita itu untuk bertaubat dan menghentikan perbuatannya mengganggu rumah tangga wanita lain. Walaupun video tersebut telah lama dimuat naik di Tik Tok, dapat dilihat banyak komen-komen terkini yang ditinggalkan oleh netizen semenjak khabar angin yang timbul baru-baru ini.

“Kifarah tu wujud.”

Sponsored

“Cantik awak ni tapi sayang hmm.”

“Macam ni pun syamsul boleh berkenan.”

Terdahulu, Puteri Sarah memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story apabila dia menerima kiriman mesej yang mengatakan suaminya telah pun berkahwin dengan Ira Kazar. Malah pelakon wanita itu juga berharap kebenaran akan terbongkar dalam masa terdekat susulan pendedahan yang dimaklumkan ini.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberira kazar