Wanita Jumpa Lelaki Muka Macam Artis K-POP Buat Ramai Teruja, “Memang Iras Siwon…”

Sponsored

Mesti anda pernah mendengar tentang peribahasa ‘pelanduk dua serupa’ yang bermaksud dua orang yang seakan-akan sama wajah atau rupa parasnya. Sama macam perkongsian yang dimuat naik wanita ini apabila dia berjumpa dengan seorang lelaki persis artis K-Pop terkenal.

Menerusi video yang dikongsikan ini, wanita itu memberitahu dia ada berkenalan dengan seorang lelaki menerusi satu aplikasi dan akan bertemu dengannya buat kali pertama.

Sponsored

Berdasarkan gambar-gambar yang dilihatnya, dia mendapati lelaki itu mempunyai persamaan dengan bintang K-Pop yang diminatinya iaitu Choi Siwon dari kumpulan Super Junior.

@s.yairah

I can’t believe I found someone who looks like my K-Pop idol crush 😍 #fyp #tiktokmalaysia

♬ 쏘리 쏘리 Sorry, Sorry – SUPER JUNIOR

Sebaik sahaja melihat lelaki itu tiba, dia meluahkan rasa terkejut apabila lelaki itu sememangnya mirip dengan artis K-Pop yang dimaksudkannya itu. Difahamkan, itu merupakan kali pertama mereka berjumpa selepas sekian lama berhubung secara atas talian sahaja.

Sponsored

Perkongsian video itu turut menarik perhatian ramai di mana rata-ratanya turut terkejut melihat persamaan di antara lelaki itu dan Choi Siwon. Malah ada yang berseloroh menganggap lelaki itu sebagai kembar kepada artis K-Pop tersebut.

“Muka dia sama cuma beza abid dia muka bulat gitu, siwon muka panjang tapi mata and senyum sebijik.”

Sponsored

“Kak tolong lah mintak sign, I dah lama minat super junior…”

“Waaaa memang iras Siwon.”

Sekadar info, Choi Siwon merupakan penyanyi dari kumpulan K-Pop terkenal iaitu Super Junior yang mula ‘debut’ pada tahun 2005. Dia juga turut aktif sebagai pelakon menerusi drama She Was Pretty, Work Later Drink Now, Love is for Suckers dan banyak lagi.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.