Tular Video Bergaduh Dengan Isteri, Tan Sri Musa Hassan Pesan Jangan Masuk Campur, “Ini Masalah Privasi Keluarga…”

Sponsored

Lewat petang semalam, tular di media sosial video menunjukkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bergaduh dengan isterinya. Video yang tular itu kemudiannya meraih perhatian netizen di mana ramai yang tertanya-tanya sama ada individu di dalam rakaman itu adalah beliau.

Menerusi video yang dikongsikan itu, ia dirakamkan oleh seorang wanita di sebuah kediaman dan turut kelihatan seorang kanak-kanak lelaki bersama mereka. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya yang menjadi perbalahan di antara mereka di dalam video tersebut.

Sponsored

Namun netizen meluahkan rasa bimbang terhadap kanak-kanak lelaki di dalam video tersebut yang mungkin trauma melihat pergaduhan yang berlaku itu. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menuntut penjelasan dari bekas Ketua Polis Negara itu mengenai rakaman tersebut.

Susulan video yang tular ini, Tan Sri Musa Hassan telah tampil meninggalkan komen di video terbabit di mana dia meminta orang ramai untuk tidak masuk campur dalam hal tersebut. Tambahnya, itu merupakan masalah privasi keluarganya.

Sponsored

“Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur. Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.”

Dalam masa yang sama, dia juga turut mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat pelbagai spekulasi mengenai rakaman yang tular itu. Ujarnya, mereka yang membuat spekulasi tidak mustahil akan dikenakan tindakan undang-undang.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter