Siap Menyamar Pakai Tudung, Wanita Russia Bangga Kongsi Cerita Ceroboh Menara Merdeka 118

Sponsored

Kecoh baru-baru ini apabila pihak polis menerima laporan dari pihak pengurusan Menara Merdeka 118 tentang pencerobohan yang dilakukan pasangan Russia ini. Di dalam video yang turut viral ini, wanita itu dilihat berada di puncak menara tersebut selepas berjaya mencerobohnya dalam diam.

Video itu juga turut membangkitkan kemarahan ramai apabila netizen turut mempertikaikan bagaimana wanita Mat Saleh itu boleh ‘terlepas’ sehingga ke puncak menara tersebut. Tidak kurang juga yang meminta tindakan diambil terhadap pasangan Russia ini.

Sponsored

Tidak kisah dengan kecaman yang diberikan, wanita dikenali sebagai Angela Nikolau telah mendedahkan kisah bagaimana dia berjaya menceroboh menara tersebut. Menerusi hantaran yang dikongsikan di Twitter, dia memberitahu dia menyelinap masuk ke bangunan itu dengan menyamar sebagai pekerja.

Menyamar jadi pekerja

Difahamkan, sebelum misi itu bermula dia telah pun menyewa sebuah apartment yang mempunyai pemandangan menara itu dengan jelas untuk melakukan pengawasan dan pemerhatian. Angela berjaya memasuki bangunan itu dengan memakai uniform kerja dan siap memakai tudung menyerupai pekerja di sana.

Sponsored

Dia kemudiannya segera berlari ke tingkat 32 dan menyembunyikan diri di dalam kotak konkrit kecil di mana dia tidak dapat meregangkan kakinya. Wanita itu bersembunyi di situ kira-kira 20 jam tanpa makanan dan minuman serta tidak dapat tidur di ruang kecil itu.

“Saya tak dapat regangkan kaki dan seluruh badan sakit. Nak menangis juga tak boleh kerana bimbang pekerja bangunan dengar tangisan saya.”

Sponsored

Sambung semasa pekerja berehat

Selepas mendapati para pekerja sedang berehat, Angela kembali memulakan misinya dan menaiki puncak menara tersebut dengan memakai beg galas seberat 15kg. Walaupun kaki dan tangannya terasa kebas, dia tetap meneruskan misi itu untuk mendapatkan pemandangan yang diinginkan.

“Semangat saya semakin meningkat bila nampak pemandangan dari atas. Kini musim hujan jadi saya menjangkakan keadaan awan kelabu tetapi sebaliknya saya lihat sinaran matahari dan kecantikan luar biasa.”

Wanita itu turut menegaskan dia menghormati undang-undang negara dan tidak ada melakukan sebarang kerosakan pada menara tersebut walaupun terpaksa masuk secara ‘haram’. Namun perkongsian ini telah menerima kritikan hebat dari netizen Malaysia apabila wanita itu seolah-olah bangga dengan pencerobohan yang dilakukan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter