“Aku tak dayus,” Video Aeril Zafrel dan Wawa Zainal undang ramai dekah

Sponsored

Terdahulu satu dakwaan oleh seorang ustazah yang melabel lelaki ‘dayus’ kerana membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki begitu mendapat perhatian sehingga membangkitkan kemarahan warganet di media sosial. Tidak cukup dengan itu, hukum pengambilan ubat tahan sakit pula dikatakan haram.

Malah dia juga pernah mendakwa mengambil susu berlebihan boleh mengundang jangkitan kutu dan juga boleh menjadikan mata seseorang rabun. Kenyataan-kenyataan tersebut begitu menjadi perdebatan di media sosial.

Sponsored

Video Aeril Zafrel jadi tumpuan lagi

Namun begitu, video pendek Aeril Zafrel yang dirakam lalu dikongsikan oleh seorang individu pula menyebabkan ramai terhibur dengan gurauannya satu persatu menyebut tentang isu tersebut apabila dia juga berkata dirinya tidak dayus kerana semua anak-anaknya dihadapi oleh doktor perempuan.

Sponsored

Lebih menghiburkan dalam video pendek ini, Aeril Zafrel sempat menyebut beberapa lagi perkara yang menjadi perhatian tentang dakwaan-dakwaan yang tular tersebut sehingga menyebabkan tidak hanya isterinya, Wawa Zainal tercuit hati malah warganet juga sangat terhibur.

@wawacosmetics.com.my

Replying to @𝒇𝒂𝒓𝒂𝒉 🐣 part2 : wawa ngan aeril kalau jumpa depan2 lagi kelaka 😂 #pengalamanberanak #pengalamanmelahirkan

♬ original sound – Wawacosmetics by Wawa Zainal – Wawacosmetics by Wawa Zainal

Menjengah ke ruangan komen, warganet perasan dia memerli seseorang namun rata-rata warganet juga meninggalkan pelbagai reaksi tentang gurauan mereka itu yang nampaknya sekali lagi mencuit hati ramai.

Sponsored

‘Sindir tu depan depan’

Aeril
Aeril

‘Salam artis nanti roh rosak, macam mana tu’

‘Tak leh salam each other ni, nanti masing-masing hilang roh’

‘Tapi roh awak takde sebab awak retis’