Bangga Dengan Pekerjaan Bapa, Netizen Sebak Anak Pakai Baju Kerja Ayah Sempena Hari Kanak-Kanak

Sponsored

Seorang kanak-kanak perempuan menjadi perhatian ramai selepas dia memilih untuk memakai pakaian kerja si ayah semasa sambutan hari kanak-kanak di sekolahnya. Video yang dikongsikan oleh bapanya itu turut membuatkan rata-rata netizen berasa terharu dan sebak melihatnya.

Di dalam video yang dimuat naik itu, kanak-kanak perempuan itu dilihat memakai baju kerja bapanya yang bekerja sebagai pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI). Difahamkan, pihak sekolah mengadakan pertandingan pakaian beragam bertemakan kerjaya sempena Hari Kanak-Kanak.

Sponsored

Lebih membuatkan ramai terharu, kanak-kanak itu meluahkan rasa bangga dengan pekerjaan bapanya dan memilih untuk memakainya di pertandingan tersebut. Walaupun kanak-kanak itu sebenarnya bercita-cita untuk menjadi seorang chef namun dia tetap memilih memakai baju kerja bapanya.

Sambutan hari kanak-kanak di sekolah

“Hari kanak-kanak sedunia, tema kerjaya. Aku suruh dia cari baju lain dia pilih baju kerjaya ayah jugak. Alahai anak, dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan tempat tinggal.”

Sponsored
@md_anuar

Hari kanak2 sedunia.tema Kerjaya.aku suruh dia cari baju lain dia pilih baju kerjaya ayah jugak .alahai anak…dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan tempat tinggal….#anaksekolah #kerjaya #harikanakkanaksedunia #fyp

♬ suara asli – Langit Musik Indonesia – Langit Musik Indonesia

Menurut ibunya yang merupakan guru kelas Al-Quran dan fardhu ain, anak bongsu dari tiga adik beradik itu sememangnya rapat dengan bapanya dan pernah mengikutinya membersihkan tapak pasar malam.

Tambahnya lagi, anaknya itu juga begitu teruja untuk bersiap ke sekolah dan tetap gembira walaupun hanya memenangi hadiah sagu hati sahaja di dalam pertandingan tersebut.

Sponsored
Bangga dengan pekerjaan bapa

Difahamkan, kanak-kanak itu mencari sendiri baju kerja bapanya di dalam almari dan turut membawa penyepit serta plastik sampah untuk digayakan di atas pentas. Menurut kanak-kanak itu, dia memilih baju berkenaan kerana bangga dengan bapanya yang menjaga kebersihan alam sekitar.

“Kami tanya juga tidak kisah ke pakai baju kerja ayah dan tak sangka Auni caka ‘tak apa, mak dan ayah yang bagi Auni makan, sediakan tempat tinggal dan bangga dengan ayah’.”

Perkongsian video tersebut turut membuatkan ramai berasa terharu melihat gelagat kanak-kanak ini yang begitu bangga dengan bapanya ini. Dalam masa yang sama, netizen turut memuji kedua ibu bapanya yang berjaya mendidik kanak-kanak itu dengan akhlak yang begitu baik sekali.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.