Bapa OKU Lindungi Anak Dari Hujan Buat Ramai Sebak, “Hebatnya Seorang Ayah…”

Sponsored

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Baru-baru ini, tular satu rakaman video memaparkan gelagat seorang bapa OKU yang berusaha melindungi anaknya dari hujan.

Perkongsian video itu turut membuatkan rata-rata netizen berasa sebak melihat kegigihan bapa ini. Menerusi video yang dimuat naik itu, kelihatan seorang bapa OKU yang berjalan menuju ke kereta bersama anaknya.

Sponsored

Dalam masa yang sama, dia melindungi anaknya daripada terkena hujan dengan memasukkan kepala si anak dalam bajunya. Mereka kemudiannya berjalan bersama-sama dengan keadaan bapa tersebut menggunakan tongkat untuk berjalan.

Menurut si isteri yang merakamkan video itu, sekiranya dia ditanyakan mengenai manusia paling baik di dunia semasa di akhirat kelak. Dia ingin menjawab manusia tersebut adalah suaminya sendiri sekaligus membuatkan ramai berasa terharu melihatnya.

Sponsored

Wanita itu turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya di ruangan kapsyen kerana selalu menjaga dia dan anak-anak dengan begitu baik sekali. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama sebak dengan kegigihan bapa itu melindungi anaknya.

“Even saya bukan sesiapa. Saya doakan semoga sis dan suami selalu bahagia dunia akhirat.”

Sponsored

“Sedangkan suami yang sihat walafiat belum tentu nak jaga anak begitu, asyik takde masa.”

“Masha Allah, hebatnya seorang ayah, seorang suami…”

Tambah netizen, walaupun lelaki itu mempunyai kekurangan dari segi fizikal namun itu tidak menjadi penghalang buatnya menjadi bapa yang terbaik kepada anak-anaknya. Dalam masa yang sama, netizen turut mendoakan yang terbaik untuk lelaki itu dan keluarganya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.