Baru-baru ini, seorang pemuda dari Johor Bahru berkongsikan pengalaman lucunya apabila dia terpaksa mengharungi perjalanan selama 12 jam untuk tiba ke Kuala Lumpur. Biasanya perjalanan tersebut hanya mengambil masa sekitar 4 jam sahaja jika tiada kesesakan lalu lintas.
Namun menurut pemuda ini, dia terpaksa mengharungi pelbagai dugaan untuk sampai ke destinasi tersebut sehingga mengambil masa yang lama untuk sampai. Menerusi video yang dimuat naik itu, pemuda tersebut dan rakannya terlepas untuk menaiki bas ke Kuala Lumpur kerana terlambat menyebabkan mereka memilih untuk membeli tiket di kaunter sahaja.
Motorsikal ‘meragam’
Semasa di dalam perjalanan ke rumah rakannya yang lain, dia dan rakannya ini terpaksa berhenti beberapa kali di tepi jalan gara-gara motorsikal yang ‘meragam’ di tengah jalan. Sebaik sahaja tiba di rumah rakannya, mereka kemudian bergerak untuk membeli tiket bas di Kulai.
Tiket bas habis
Namun malang nasib mereka apabila tiket bas pula habis di stesen tersebut, oleh itu mereka segera bergerak ke Larkin untuk membeli tiket bas ke Kuala Lumpur. Mereka akhirnya berjaya menaiki bas menuju ke Kuala Lumpur tetapi dugaan mereka tidak terhenti di situ.
Semasa di dalam perjalanan tersebut, entah bagaimana tayar bas yang dinaiki mereka telah meletup di tengah jalan menyebabkan mereka terpaksa menunggu untuk menukar bas lain pula. Perkongsian video ini turut membuatkan rata-rata netizen terhibur melihat kepayahan mereka untuk datang ke Kuala Lumpur.
“Berat ujian manusia sorang ni HAHAHAHA.”
“Banyak betul dugaan ek.”
“Bas pun tak izinkan kau pergi KL weh.”
Difahamkan, perjalanan mereka ini mengambil masa selama 12 jam untuk selamat tiba di destinasi yang sepatutnya hanya mengambil masa selama 4 jam sahaja. Dalam masa yang sama, netizen turut mendoakan perjalanan pulang mereka kelak akan dipermudahkan dan tidak melalui situasi yang sama.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.