“Turunkan harga…”- Ramai ke Bazar Aidilfitri ‘cuci mata’ dari membeli jadi topik perbualan ramai

Sponsored

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri walau bagaimanapun satu topik hangat dibincangkan ramai pihak apabila baru-baru ini berita peniaga mengeluh kerana jualan dikatakan paling terburuk dalam 10 tahun.

Bazar Aidilfitri tak dapat sambutan

Sponsored

Pengacara terkenal, Fedtri Yahya berkongsikan topik tersebut diruangan media sosial miliknya yang mana katanya ada yang mengatakan sewa tapak terlalu mahal jadi harga barang tinggi. Selain itu, orang lebih senang untuk berurusan secara atas talian.

“Syukurlah siapa yang buat untung dan hasil melimpah. Ramai peniaga mengeluh jualan tak bagus, risiko rugi besar dan mengundang hutang tak dijangka.”

Sponsored

“Ada yang kata sewa tapak terlalu mahal, jadi harga barang punyalah tinggi dan tak berbaloi beli. Tambahan pula, orang lebih senang berurusan dalam talian lebih murah. Pergi ke bazar, tapak jualan hanya untuk rasa suasana saja tetapi berat untuk membeli.”

Fedtri Yahya membincangkan topik tersebut diruangan media sosial miliknya disamping warganet turut meninggalkan pelbagai pandangan mereka pula diruangan komen.

Sponsored

Turunkan harga. Bukan salah pelanggan. Pelanggan bijak memilih uang mana harga lebih berpatutan

Tahun ni ramai yang dah buat early preparation dengan anak sekolah, puasa, raya semua memerlukan belanja besar

Saya pun beli online je lebih murah dan boleh survey harga. Beli untuk anak-anak. Saya sendiri recycle baju lama je

Aritu kan banyak keluar duit kat anak-anak g sekolah, gaji pulak lambat. Beli dekat Tiktok online je senang sebab duit tak keluar banyak