Dalia kongsi video menari lagu Ria Raya, Layka dipuji jaga pergerakan

Sponsored

Menjelang Hari Raya, tentu ramai penyanyi mula melancarkan lagu-lagu yang tersendiri buat peminat mereka. Pada tahun ini juga, tidak hanya penyanyi senior, penyanyi baharu juga mengeluarkan lagu-lagu raya.

Walau bagaimanapun, siapa menyangka peminat dapat mendengarkan empat gandingan baru iaitu Iman Troye bersama penyanyi baharu yang semakin meningkat naik iaitu Fimie Don, Dalia Farhana dan Layka Al Funsu. Ternyata keempat penyanyi ini berjaya memukau peminat dengan lagu mereka yang diberi judul Ria Raya apabila muzik video rasmi baru dilancarkan di YouTube juga sudah berjaya meraih hampir 100,000 tontonan.

Sponsored

Terbaharu perkongsian Dalia Farhana membuatkan dia dan tiga lagi rakan penyanyi itu mendapat perhatian ramai. Seperti biasa lagu-lagu terkini tentu mempunyai tarian tersendiri dan nampaknya lagu Ria Raya juga sebegitu. Dalia Farhana bagaimanapun berkongsikan rakaman video dia bersama Layka, Iman Troye dan Fimie Don menari lagu mereka.

Video ini bagaimanapun dihujani dengan pelbagai reaksi namun setelah menjengah ke ruangan komen ramai memberikan tumpuan terhadap Layka Al Funsu yang mana gadis cantik yang mula dikenali di TikTok kerana memiliki suara yang unik dan ternyata kini menjadi salah seorang penyanyi ini membuatkan ramai memberikan pujian terhadapnya.

Sponsored
@daliafarhana

jangan simpan dendam nyalakan api yang baru tanpa luka 🫰🏻 #RiaRaya #fyp #fy

♬ Ria Raya – Iman Troye & Dalia Farhana & LAYKA

Ini kerana ramai menyukai Layka Al Funsu yang dilihat masih menjaga pergerakannya ketika menari. Dalam pada itu, kecantikan Layka sekali lagi menjadi perbualan peminatnya diruangan komen.

Komen netizen

Sponsored