“Janna Nick tu kuat hatinya, bagus Puteri Sarah berkawan”- Beraya bersama jadi perhatian ramai

Sponsored

Persahabatan antara dua selebriti terkenal ini, Puteri Sarah Liyana dan Janna Nick bukanlah rahsia lagi apabila mereka juga dilihat sering meluangkan masa bersama. Janna Nick mahupun pelakon drama Andai Itu Takdirnya ini juga berkongsikan foto bersama di media sosial.

Terbaharu, kedua-dua selebriti jelita ini mendapat sorotan peminat dan netizen lagi apabila baru-baru ini mereka dilihat beraya bersama. Difahamkan balik ke negeri Kedah, Janna Nick dilihat sempat menziarahi Puteri Sarah bersama anak-anaknya.

Sponsored

“A friend in need is a friend indeed,” kapsyen Puteri Sarah dalam memuat naik beberapa keping foto bersama Janna Nick dan dalam pada kedua-dua pelakon ini berkongsikan momen mereka beraya bersama itu turut disertakan kapsyen menyebut mereka orang Kedah.

Ternyata pendedahan mereka orang Kedah menyebabkan ada yang baru mengetahui tentang kampung halaman mereka itu dan meninggalkan pelbagai reaksi diruangan komen.

Sponsored

Janna Nick beraya dengan Puteri Sarah

Dalam pada itu, komen Puteri Sarah turut mencuri tumpuan rakannya itu untuk membalasnya dimana Janna Nick juga dilihat meminta agar dia berehat. Ada juga yang berharap agar pemilik suara lagu Gatal ini menjaga rakan baiknya itu.

Sponsored

“Get enough rest! Rehat k! Love you more”

“Janna Nick jaga Puteri Sarah baik-baik nah, jangan bagi orang buli or pijak dia…”

“Janna Nick tu kuat hatinya, bagus Puteri Sarah berkawan dan jadikan contoh kuat”