Gadis Dikecam Tak Ada ‘Common Sense’ Pakai Busana Putih Sama Pengantin, “Dah Tahu Tu Duduk Lah Jauh Sikit…”

Sponsored

Baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan gelagat seorang gadis yang memakai busana putih sama seperti yang dipakai pasangan pengantin. Menerusi video yang telah menerima hampir dua juta tontonan itu, gadis tersebut dilihat menghadiri majlis pernikahan sepupunya.

Apa yang menjadi bualan ramai ialah gadis itu juga memakai busana berwarna putih sama seperti pasangan pengantin sekaligus membuatkan dia nampak lebih menonjol dari tetamu lain. Malah dia juga duduk berhampiran dengan pengantin wanita semasa sesi akad nikah tersebut.

Sponsored

Gelagatnya itu telah menerima kritikan netizen yang menganggap gadis itu tidak mempunyai ‘common sense’ kerana memilih busana berwarna putih seperti pengantin. Tambah netizen, kebiasaannya pasangan pengantin pasti akan mengenakan busana putih semasa akad nikah.

@nadzeerasari

Btw orang panggil aku ira , in real .. so dieorg gelar aku ira kazar 2 lah .. so hati2 kata nya #trending #fypシ゚viral #viral #sol #irakazar #fypage

♬ Spooky comedy-like pop – SOUND BANK

Namun menurut gadis itu, dia tidak berniat ingin merosakkan majlis kerana pada awalnya dia menyangka majlis tersebut hanyalah majlis persandingan biasa. Dia juga baru tahu baju yang dipakainya itu mempunyai tema yang sama dengan pengantin untuk majlis tersebut.

Sponsored

“Saya ingat sanding biasa. Biasa sanding orang pakai baju warna lain. Ketika sedang mekap, pengantin cakap yang baju dia warna putih. Saya memang tak standby baju warna lain.”

Jelasnya, dia sendiri sudah meminta keizinan dari pengantin untuk memakai baju tersebut sebelum majlis bermula. Menjawab tentang isu duduk berhampiran pengantin, gadis itu menjelaskan ibu kepada pengantin perempuan sendiri yang memintanya duduk menemaninya di situ.

Sponsored

Dikritik netizen

Video yang tular itu kini meraih tontonan yang tinggi dan menerima kritikan hebat dari netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan gadis tersebut. Meninjau di ruangan komen, netizen menganggap tidak wajar untuk gadis itu merosakkan majlis dan mencuri tumpuan ramai dengan busana yang dipakainya ini.

“Dah tau tu duduk lah jauh sikit. Kalau aku dah bengang yang amat ye.”

“Nikah = putih selalunya. Elakkan memakai baju putih melainkan temanya all white.”

“Kalau warna lain tersama kita faham la. Ini putih tema common waktu nikah.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.