Haiwan Bergerak Dalam Pusingan Seakan Tawaf Jadi Tanda Tanya Ramai

Sponsored

Sejak beberapa hari lalu tular di sosial media dengan beberapa rakaman yang memaparkan haiwan bergerak dalam pusingan seakan tawaf. Bukan di satu tempat, malah kejadian aneh ini berlaku di beberapa negara.

Dalam salah satu perkongsian dipaparkan berpuluh ekor kambing biri-biri muncul dan berjalan dalam bentuk pusingan seolah-olah sedang bertawaf. Berikut adalah rakaman tersebut yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok baru-baru ini:

Sponsored

Selain dari rakaman biri-biri itu, satu lagi video lain ini turut menjadi perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut dipaparkan pula beberapa ekor ikan di dalam sangkar yang berenang dalam bentuk pusaran.

Ini pula perkongsian rakaman yang memaparkan hidupan yang bergerak dalam bentuk pusingan dan turut menjadi bualan hangat ramai:

Sponsored

Fenomena luar biasa yang berlaku pada haiwan di darat dalam air ini yang bergerak dalam pusingan seakan tawaf ini telah membuatkan ramai tertanya-tanya apakah yang berlaku sebenarnya.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi mengenai fenomena tersebut. Berikut antaranya:

Sponsored

“Kalau nak diikutkan..Tawaf ia mengimbangi pusat graviti bumi. Mungkin bumi aa masalah pada putarannya..”

“Air laut surut kat tempat saya seharian ni. Pengiraan saya akan ada air bah besar hujung tahun atau awal tahun nanti dan kemarau”

“Tak normal itu tentu ada rahsia Allah kita kena sentiasa beringat”