Ke Mana Perginya Bahan Kempen Bendera Dan Sepanduk Calon Selepas PRU15? Ini Jawapannya…

Sponsored

Genap seminggu Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan, semalam kita akhirnya mempunyai Perdana Menteri baru iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berakhirnya PRU15 kali ini, pastinya ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang akan dilakukan pada bendera, poster dan sepanduk calon yang bertanding kan?

Difahamkan, pada PRU14 sebelum ini hasil kutipan sisa pepejal meningkat kepada 269,042 tan pada bulan Mei 2018 berbanding 250,266 tan pada bulan sebelumnya. Pertambahan sisa pepejal meningkat apabila selesainya pilihan raya kerana kebanyakan bahan kempen yang digunakan hanyalah bersifat sementara.

Sponsored
pilihan raya

Jumlah yang dikenakan untuk bahan kempen adalah RM5,000 bagi calon Parlimen dan RM3,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN). Menurut Pengurus Jentera PRU15 DAP Parlimen Kepong, Lai Chun Chian pihaknya mencetak 5,000 poster dan risalah manifesto untuk diedarkan.

Menurut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 Seksyen 24B(4), calon hanya boleh mempamer, memberi dan mengedar bahan kempen pilihan raya di tempat bertanding hanya setelah membayar deposit bahan kempen kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.

Sponsored

Kebiasaannya bahan kempen yang digunakan akan disimpan semula di dalam stor untuk kegunaan pilihan raya yang seterusnya. Tetapi sekiranya ada bahan yang rosak, ia akan dihantar ke pusat pelupusan sampah manakala bahan yang elok namun tidak dapat digunakan lagi akan dihantar ke pusat kitar semula.

Bukan semua akan dilupuskan

Sponsored
bendera

Menurut sukarelawan jentera PRU15 Barisan Nasional Parlimen Cheras Nick Sim, bukan semua bahan kempen akan berakhir di tapak pelupusan sampah dan pusat kitar semula. Contohnya, baju yang dicetak nama calon akan disumbangkan kepada golongan memerlukan seperti gelandangan dan rumah kebajikan.

Untuk sepanduk dan kain rentang pula, ada peniaga gerai yang ditemui semasa tempoh berkempen meminta untuk dijadikan sebagai penghadang matahari. Malah ada juga yang menggunakan poster calon untuk menutup tingkap kaca di rumah sebagai pelindung sinaran matahari terik pada waktu siang.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah: