Siapa sangka hanya dengan meninggalkan komen di Instagram Istana Negara, seorang pemuda bernasib baik menerima hadiah istimewa dari Raja Permaisuri Agong. Itulah yang berlaku pada seorang lelaki ini yang telah menerima pemberian jersi Manchester United yang sangat istimewa ini.
Menurutnya, dia telah meninggalkan komen di sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram Istana Negara pada September lalu. Di dalam hantaran tersebut dimaklumkan Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri Agong yang berangkat ke London untuk memberi penghormatan terakhir di atas kemangkatan Ratu Elizabeth.
Lawatan khas Seri Paduka Baginda itu juga bagi memenuhi jemputan rasmi kerajaan United Kingdom selama enam hari. Difahamkan, lelaki itu telah meninggalkan komen di perkongsian tersebut dan berseloroh mahu mengirim jersi Manchester United untuk dibeli di London.
Namun dia tidak menyangka komen tersebut akan menerima perhatian Permaisuri Agong yang bertanyakan tentang saiz untuk jersi tersebut. Baru-baru ini pula, lelaki itu telah memuat naik video ‘unboxing’ hadiah pemberian Permaisuri Agong yang selamat diterimanya ini.
Di dalam video tersebut, lelaki itu menunjukkan jersi Manchester United yang dihadiahkan oleh Permaisuri Agong yang diletakkan di dalam kotak khas bersama ucapan ringkas. Perkongsian video itu turut membuatkan ramai teruja melihat pemberian istimewa tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa cemburu melihat hadiah jersi yang diterima lelaki itu. Dalam masa yang sama, ada yang memintanya untuk menyimpan hadiah jersi itu sebagai kenangan untuk diceritakan pada anak cucunya kelak.
“Jersi MU paling berharga dalam Malaysia.”
“10 tahun akan datang buat frame bang.”
“Memang duduk dalam frame je lah cerita dia.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.