Lagu ‘Penyondol tak laku’ viral di media sosial, Yasmin Aziz juga ‘cover’ raih perhatian ramai

Sponsored

Pelbagai isu yang membabitkan ‘penyondol’ mengundang kemarahan ramai di media sosial. Antara isu yang menjadi perbualan itu tidak disangka-sangka warganet terjadi juga apabila turut melibatkan TikToker terkenal. Kemunculan lagu parodi tentang ‘penyondol’ membuatkan isu tersebut begitu kena dengan situasi yang tular sejak beberapa hari ini.

Sehingga mengundang lagu parodi yang berjudul Senandung Hari Raya Untukmu Versi Penyondol membuatkan seorang content creator DD Chronicle menjadi perhatian kerana lirik dan suaranya yang begitu sesuai.

Sponsored

Malah netizen juga dapat terima lagu tentang Penyondol itu namun dalam versi bahasa yang lagi elok yang sekali gus membuatkan pencipta lagu parodi itu dipuji warganet. Namun begitu, ternyata ia juga menarik perhatian penyanyi, Yasmin Aziz untuk turut membuat cover lagu tentang penyondol itu yang dikongsikannya di TikTok.

Menerusi muat naik Yasmin Aziz memaparkan dia menyanyikan semula lagu tentang penyondol itu. Perkongsian terbaharu ini membuatkan penyanyi berkenaan menerima lebih 200,000 tanda suka beserta ribuan komen.

Sponsored

Lain macam versi ni

Dalam beberapa jam dikongsikan Yasmin Aziz di akaun miliknya itu ternyata dia meraih jutaan view oleh pengguna TikTok apabila rata-ratanya juga menghujani pelbagai reaksi diruangan komen.

Sponsored

Akak ni marah ke?

Warning version sedap rasa nak ulang-ulang dengar. Hahaha

Hahahaha kena kena kena

Mantap boleh terima lagi lagu ni