Satu perkongsian oleh seorang pemuda menarik tumpuan warganet selepas rata-ratanya tampil menghujani ucapan terima kasih dengan kebaikannya kepada penduduk di sebuah daerah di Sabah.
Pada awalnya rakaman video dikongsi ini memaparkan beberapa kanak-kanak menggunakan jambatan yang keadaannya agak merisaukan. Namun begitu, tindakan seorang pemuda dengan nama akaun adrianedy7 membaik pulih jambatan ini bersama sebuah team membuatkan mereka menjadi tumpuan warganet.
“Baik pulih jambatan gantung KG Rungus di daerah Tamparuli Sabah, jambatan gantung ini laluan utama pelajar ke sekolah, sudah tiga tahun rosak. Ada budak yang menangis ketika jalan di sini, syukur Tuhan permudahkan. Edy dan team baik pulih dalam masa 4 jam. Lepas ni akan lebih selamat pelajar ke sekolah.” Ujarnya.
Ternyata jambatan tersebut telah rosak sudah tiga tahun, dia berkata ada budak menangis melalui jalan itu memandangkan ia laluan utama ke sekolah.
Namun begitu pemuda berkenaan bersyukur kerana selepas ini kanak-kanak boleh pergi sekolah dengan selamat. Katanya juga setiap hari dalam 50-60 kanak-kanak yang akan lalu jambatan tersebut untuk ke sekolah.
“Setiap hari dalam 50-60 orang budak yang akan lalu jambatan ini…”
Netizen bagaimanapun menghujani reaksi positif tentang tindakan pemuda tersebut untuk membaiki jambatan yang telah tiga tahun rosak itu.
“Terima kasih bang…”
“Terima kasih orang baik”
“Teruskan berbakti orang baik”
“Terima kasih awak”