Maryam DurianKimchi Luah Terkilan Ada Yang ‘Annoyed’ Dengar Dia Cakap Bahasa Melayu

Sponsored

Pasangan Youtuber cukup terkenal menerusi saluran mereka dikenali dengan nama DurianKimchi ini sememangnya agak unik. Ryzal Ibrahim yang merupakan anak Kelantan berkahwin dengan warganegara Korea Selatan, Maryam You Narae.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan yang cukup comel dan semestinya peminat mereka ikut geram dengan gelagat keluarga kecil ini.

Sponsored

Umum sedia tahu Maryam banyak bertutur dalam bahasa melayu bila muncul di rancangan TV tempatan. Biarpun bunyinya agak pelat namun pertuturannya masih boleh difahami.

Tak pernah ambil kelas bahasa melayu

Bagaimanapun, baru-baru ini Maryam DurianKimchi luah terkilan ada yang annoyed dengar dia cakap bahasa melayu. Luahannya itu ditulis menerusi akaun Instagram miliknya. Tulis Maryam, dia duduk di Malaysia selama dua tahun lebih dan tidak pernah ambil kelas bahasa melayu.

Sponsored

“Saya dah duduk Malaysia 2tahun lebih.. saya cakap BM macam ni saya tak pernah ambil kelas bahasa atau pergi sekolah di Malaysia. Sebab saya suka belajar BM naturally. Itu sangat seronok dan senang ingat.”

“Saya tak kisah”

Namun ada yang beritahu Maryam yang pertuturannya dalam bahasa melayu bunyi annoying dan memintanya untuk bercakap dalam bahasa inggeris. Malah Maryam turut akui lebih selesa berbahasa melayu.

Sponsored

“Ramai orang cakap “you speaking BM make me annoying” “Better you speak English” You annoying ke apa itu bukan salah saya. Saya tak kesah. Tak tengok saya ke apa suka hati lah. Saya lagi selesa cakap BM daripada English.”

Maryam bangga cakap Bahasa Melayu

Selain dari itu dia juga mendedahkan sangat bangga boleh bercakap bahasa melayu (BM) biarpun tidak berapa pandai.

“Orang cakap English akan bertambah dalam dunia. Tapi orang cakap BM? Saya boleh cakap BM dengan bangga walaupun saya tak pandai sangat.”

Berikut adalah perkongsian Maryam Duriankimchi luah terkilan mengenai ada yang annoyed dengar dia cakap bahasa melayu yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya:

Meninjau di ruangan komen, warganet rata-ratanya memuji Maryam kerana tetap mencuba memartabatkan bahasa melayu biarpun ianya bukan bahasa ibunda wanita dari Korea tersebut.