Netizen Jijik Rumah Peniaga Makanan Kotor, Bersepah Dengan Periuk Belanga Dan ‘Tupperware’ Dah Dipakai

Sponsored

Tular satu perkongsian di Twitter memaparkan gambar rumah peniaga makanan yang kotor dan bersepah dengan barangan yang digunakan untuk berniaga. Perkongsian itu turut membuatkan ramai berasa jijik dan mempersoalkan aspek kebersihan peniaga tersebut.

Di dalam hantaran yang dimuat naik itu, wanita tersebut memberitahu dia keluar berjogging pada awal pagi di kawasan perumahannya. Namun dia kemudian terjumpa rumah tersebut dengan keadaan lamannya yang bersepah dan dipenuhi periuk belanga terpakai.

Sponsored

Menurutnya, rumah tersebut diduduki oleh seorang peniaga makanan oleh itu dia terkejut melihat keadaan laman rumahnya ini. Di dalam gambar tersebut, kelihatan bekas makanan, periuk belanga dan barangan lain yang digunakan untuk berniaga bersepah di sekitar laman.

Walau bagaimanapun, wanita itu tidak mendedahkan lokasi rumah tersebut kerana tidak mahu mengaibkan pemilik rumah. Tambahnya lagi, tujuan dia berkongsikan gambar tersebut adalah kerana isu kebersihan rumah itu sudah berlarutan dalam tempoh yang agak lama.

Sponsored

Ramai yang loya tengok

Kebanyakan netizen yang melihat tweet tersebut juga turut berasa jijik dan terkejut melihat keadaan laman rumah peniaga makanan itu. Ada juga yang berharap para peniaga dapat menjaga aspek kebersihan makanan dan tempat pembuatan makanan untuk kebaikan pelanggan mereka.

Malah ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka melihat segelintir peniaga yang tidak menjaga kebersihan semasa berniaga. Menurut netizen, ada peniaga yang sering memandang ringan aspek kebersihan dan tidak memikirkan risiko yang boleh berlaku pada para pelanggan.

Sponsored

Difahamkan, rumah tersebut telah pun dibersihkan serta dikemaskan selepas perkongsian itu tular dibincangkan dalam group kawasan perumahan itu. Dalam masa yang sama, netizen meminta wanita itu untuk tetap membuat laporan kepada pihak berkuasa tentang peniaga tersebut.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter