Usahawan dan anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri dikenali sebagai Liana Rosli ini seringkali menjadi buah mulut netizen. Ada sahaja perkara yang dilakukan menjadi perhatian dan kritikan warganet yang kurang senang dengan keluarga Liana Rosli ini.
Terbaharu, Liana rosli mengadakan majlis ulang tahun perkahwinannya yang ke-20 dan ada satu perkara yang membuatkan ramai kurang senang menyaksikannya. Perkara tersebut adalah dakwaan netizen mengenai pakaian anak-anak Liana Rosli yang dikatakan terlalu seksi.
Dalam majlis tersebut yang dihadiri keluarga dan teman rapat menunjukkan Liana Rosli bersama suami dan anak-anak berjalan masuk ke dalam dewan melalui karpet merah.
Berikut adalah rakaman yang dimuat naik oleh ejen perniagaan Liana Rosli atau lebih mesra dengan panggilan Kak KM di TikTok:
Disebabkan video ini ramai yang mengkritik menjolok mata, namun begitu Kak KM kata pakaian anak-anaknya itu biasa sahaja. Memetik laporan mStar, difahamkan usahawan ini menafikan pendapat netizen yang mendakwa pakaian anak sulungnya tu keterlaluan.
“Bagi saya pakaian yang anak pakai hari itu biasa sahaja sebab memang jenis dress. Cuma waktu itu Kak KM pakai rantai jadi boleh tutup dada tapi anak pula tak pakai.”
Malah Kak KM juga berpendapat terpulang pada netizen untuk berkata apa kerana jika anak-anaknya berpakaian elok pun tetap orang berkata. Selain itu dia turut akui tindakan netizen yang sering cari salah dia dan keluarga telah membantu majukan lagi perniagaannya sedikit sebanyak.
“Kalau tiada netizen bercakap tentang Kak KM, saya tak akan berada sampai tahap ini. Terima kasih netizen sebab viral lagi. Kak KM memang suka viral dan ini mungkin jadi satu marketing.” ulasnya mengenai pakaian anak-anak Liana Rosli tersebut.