Sejak dari dulu lagi, segmen berita sering menjadi perhatian ramai. Dari situlah orang ramai mendapatkan berita tentang apa yang berlaku di dunia mahu pun di Malaysia sendiri.
Antara yang terkenal adalah Buletin Utama yang ditayangkan setiap hari jam 8 malam di TV3. Pembaca berita yang ditampilkan semestinya ‘sejuk’ mata memandang. Bukan sahaja paras rupa, malah pakaian juga semestinya kemas dan terletak.
Terbaharu satu rakaman dengan paparan gaya pakaian pembaca berita ini telah meraih perhatian ramai. Rakaman di balik tabir itu memaparkan seorang pembaca berita berselipar sedang berjalan menuju ke set studio.
Difahamkan pembaca berita wanita itu sakit kaki. Jadi bila tiba di set studio barulah wanita itu menukar memakai kasut yang sesuai. Berikut adalah rakaman tersebut:
Di sebalik rakaman gaya pakaian pembaca berita ini, apa yang lebih menjadi bualan ramai adalah cara dikemaskan pemakainannya. Nampaknya pakaiannya dikepit untuk memberikan efek kemas kepada pembaca berita berkenaan.
Disebabkan perkongsian rakaman ini, ramai yang teruja mengetahui rahsia gaya pemakaian kemas pembaca berita bila muncul di kaca TV. Berikut antara komen ramai:
“Patut la bahu cantik je. Penuh pin rupenyer kat belakang haha”
“Heheh macam tu je dia kepit baju”
“Lawak patut nampak baju bukan main ikut cutting rupanya kat belakang serabut”
“Lorr macam tu upanya kena sepit..Penat anak cari coat blazer yang ngam macam pembaca TV..Faham faham”