Penangan Drama Rindu Kasih, Editor Dah Menangis Dulu Masa ‘Edit’ Drama, “Memang Terkesan Betul…”

Sponsored

Bagi yang mengikuti drama Rindu Kasih yang kini ditayangkan di TV3, pastinya sudah tidak sabar menantikan pengakhiran drama penuh air mata ini. Drama ini juga turut menerima pujian hebat penonton di atas plot dan jalan ceritanya yang ditambah pula dengan lakonan hebat para pelakon.

Bukan hanya para penonton sahaja yang menangis menonton drama ini malah para ‘editor’ yang menyunting drama ini juga terlebih dahulu meraung menontonnya. Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan para ‘editor’ drama itu menyaksikan hasil suntingan yang disiapkan.

Sponsored

Terbawa-bawa dengan emosi yang dibawakan pelakon, mereka dilihat turut menangis di hadapan komputer semasa menyiapkan suntingan drama itu. Malah ada yang tidak dapat mengawal air mata dari mengalir dan sesekali mengelap air mata.

Salah seorang krew produksi drama itu turut berkongsikan di sebalik tabir semasa sesi penggambaran dilakukan. Lakonan hebat yang dipersembahkan para pelakon berjaya membuatkan para krew turut sama menitiskan air mata semasa di set penggambaran.

Sponsored
@iskandar8610

Behind scene jgn lupe tgk…sedih tau😭😭😭😭🥺🥺🥺#fyp #FYP #iskandarrooney #fypシ #rindukasih #samarinda #tv3

♬ MAAF by SALEEM – NAZ HUSSAIN
Komen netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama bersetuju drama Rindu Kasih ini sangat mengusik emosi dan akan membuatkan penonton mengalirkan air mata. Dalam masa yang sama, ramai yang meluahkan rasa sedih kerana drama ini sudah hampir sampai ke penghujungnya.

“Aku percaya 1 Malaysia nangis tengok cerita ni. Lagi-lagi part dia serah anak dengan amir.”

Sponsored

“Krew-krew pun nangis. Memang terkesan betul lakonan umi.”

“Di sebalik tabir tanpa muzik pun aku boleh menangis apatah lagi ada muzik. Memang terbaik cerita ni.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok