Berbuat baik sesama manusia bukanlah satu perkara yang mudah namun ia juga bukanlah sesuatu yang sukar. Baru-baru ini, seorang pemandu lori menjadi perhatian ramai di atas kisah kebaikannya membantu pemandu lain.
Di dalam video yang dimuat naik itu, pemandu lori berkongsikan pengalamannya membantu seorang penunggang motorsikal yang mengalami masalah tayar pancit.
Menurutnya, penunggang motorsikal berbangsa India itu di dalam perjalanan untuk mencari kerja sebelum diduga dengan masalah tayar pancit di lebuh raya itu.
Pemandu lori itu kemudiannya memberhentikan kenderaan beratnya dan menghulurkan bantuan kepada pemuda tersebut. Pada awalnya, penunggang motorsikal itu beberapa kali bertanyakan harga cas yang akan dikenakan.
Namun pemandu lori itu memberitahu dia melakukannya secara percuma sahaja untuk membantu orang ramai. Malah dia juga memang sering kali membantu kenderaan yang mempunyai masalah tayar pancit di kawasan tersebut secara percuma.
Lebih membuatkan ramai terharu, sebagai balasan pemandu lori itu hanya meminta mereka yang dibantu ini untuk mendoakan dia dikurniakan zuriat.
“Terbaik abang lori semoga dimurahkan rezeki berhati-hati ketika memandu.”
“Alhamdulillah semoga abang cepat-cepat dapat baby dan dipermudahkan urusan abang.”
“Sayu je baca, tapi bila nampak ayat last tu terus rasa sebak and berlinang air mata…”
Perkongsian ini turut menarik perhatian ramai di mana kebanyakan netizen turut sama berasa terharu melihat kebaikan yang dihulurkan oleh pemandu lori tersebut.
Dalam masa yang sama, netizen turut mendoakan yang terbaik untuk pemandu lori tersebut dan berharap dia akan menimang cahaya mata dalam masa yang terdekat ini.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah: