Berjaya Kalahkan Argentina, Pemain Arab Saudi Akan Dihadiahkan Rolls Royces Phantom Bernilai RM2.5 Juta

Sponsored

Kejutan demi kejutan dapat kita saksikan di dalam perlawanan Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar sekarang ini. Macam keputusan perlawanan di antara Jerman dan Jepun malam tadi yang menjadi bualan ramai.

Jepun berjaya menewaskan Jerman secara mengejut dengan skor 2-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa semalam. Sebelum itu, pasukan Arab Saudi juga telah mengejutkan ramai apabila berjaya mengalahkan pasukan gergasi, Argentina 2-1.

Sponsored

Kemenangan tersebut sememangnya sesuatu yang mengejutkan dunia kerana Argentina hadir dengan reputasi hebat di mana Lionel Messi turut diturunkan dalam perlawanan itu.

Malah kemenangan mengejutkan dunia ini juga diraikan penuh gemilang apabila kerajaan Arab Saudi turut mengumumkan hari cuti peristiwa untuk kemenangan ini.

Sponsored

Bukan itu sahaja, Putera Mahkota Arab Saudi iaitu Mohammed Bin Salman Al Saud dimaklumkan akan memberikan sebuah kereta mewah kepada setiap pemain mereka.

Suhal Seth yang merupakan seorang ahli perniagaan India menjadi yang terawal berkongsikan pengumuman mengenai hadiah kereta mewah itu menerusi hantaran di Twitter.

Sponsored

Kereta mewah yang dimaksudkan ialah Rolls Royces Phantom yang bernilai RM2.5 juta di mana ia akan diberikan kepada setiap pemain. Arab Saudi mencipta sejarah menjadi pasukan Asia pertama menang menentang Argentina.

Susulan kemenangan mengatasi skuad dari Amerika Selatan itu, Arab Saudi kini memiliki tiga mata dan tempat pertama dalam kumpulan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah: