Amin Idris ‘Bahasakan’ Ustazah Afifah Isu Makan Ubat Tahan Sakit, “Nabi Pun Makan Ubat…”

Sponsored

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila Ustazah Afifah mengeluarkan kenyataan mengatakan pengambilan ubat tahan sakit adalah haram dan sesiapa yang mengambilnya akan dimasukkan ke dalam neraka.

Tidak cukup dengan itu, dia turut mendakwa mereka yang mengambil ubat tahan sakit juga tidak akan diterima amalannya selama 40 hari. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan ustazah itu turut mencetuskan rasa kurang senang orang ramai.

Sponsored

Mana tidaknya, maklumat yang disampaikan ini tidak dipastikan kesahihannya dan boleh mengelirukan masyarakat. Baru-baru ini, pakar motivasi Amin Idris telah tampil menegur ustazah tersebut susulan kenyataannya mengenai ubat tahan sakit itu.

Amin Idris bidas kenyataan ustazah

Menerusi video tersebut, Amin meluahkan rasa kecewa apabila ustazah itu gemar melakukan ‘kerja’ Tuhan dengan melabelkan seseorang akan dimasukkan ke neraka mahupun syurga sedangkan itu bukan urusan kita sebagai manusia.

Sponsored

Malah ustazah itu juga dikatakan tidak menggunakan dalil yang jelas bagi menyokong hujahnya mengenai pengambilan ubat tahan sakit itu. Tambah Amin, tidak mempunyai masalah untuk mengambil ubat tahan sakit asalkan mengikut dos yang ditetapkan doktor.

“Jika kita tak ikut nasihat doktor, guna dos melampau, yang itu yang jadi haram. Dan jika kita tak tahu tentang ubat, kita diajar dalam Islam untuk bertanya pada mereka yang pakar, mereka yang tahu kalau kita tak mengetahuinya.

Sponsored
@iamaminidris

Nabi pun makan ubat. Para sahabat pun makan ubat. Takder pulak diorang masuk neraka #tazkirahironman

♬ original sound – iamaminidris – iamaminidris

Dia turut menegaskan seharusnya hal mengenai perubatan perlulah dirujuk kepada mereka yang pakar seperti golongan doktor. Jelasnya lagi, Nabi juga membenarkan kita untuk menggunakan ubat bagi merawat penyakit.

Menurutnya, terdapat beberapa hadis Nabi SAW membenarkan kita makan ubat dan bukan hanya mengambil habatus sauda. Dalam masa yang sama, pakar motivasi itu turut berharap ustazah terbabit dapat memberikan dalil-dalil Quran yang sah mengenai kenyataan yang dikeluarkannya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.