Haris jerit sebab ‘goal’ buat Neelofa terkejut, “Banyak kali ulang, kelakar weiii”

Sponsored

Nampaknya musim perlawanan bola sepak sudah memeriahkan dunia peminat dan suami kepada usahawan dan selebriti popular, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor juga turut terjebak melayan perlawanan bola sepak baru-baru ini.

Neelofa seperti biasa sering membuat live di mana-mana platform media sosial miliknya, selain tentang Muhammad Bilal ternyata kali ini, Haris Ismail atau PU Riz yang membuatkan video Neelofa tular.

Sponsored

Mana tidaknya, dalam asyik Neelofa menerangkan tentang produk miliknya sempat pula dia terkejut dek kerana jeritan Haris Ismail yang kedengaran agak kuat. Neelofa menerusi rakaman video pendek ini dilihat sedang memberikan penerangan dalam live di sebuah platform media sosial namun ternyata terdapat selingan yang mengundang tawanya.

Ini kerana, Haris Ismail yang menjerit goal secara tiba-tiba dimana Neelofa yang mungkin berada dekat dengannya terkejut selepas turut mendengar jeritan suaminya itu. Neelofa juga sama menjerit dan memberitahu bahawa dia terkejut.

Sponsored

Muat naik rakaman pendek itu bagaimanapun mengundang rasa terhibur warganet dan peminat Neelofa sehingga ada yang mengulang tayang menonton gelagat pasangan sama cantik, sama padan itu ketika live dan rata-ratanya juga tidak dapat menahan ketawa melihat Neelofa yang terkejut comel dalam video tersebut.

Terkejut pun still sokong ikut husband dia’

Sponsored

‘Banyak kali aku ulang…’

Neelofa

Macam-macam hal lah, kelakar

Neelofa

‘Kalau laki aku tengok bola’

Neelofa

Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut: