Sering Dilihat Tidak Memakai Tali Leher, Lelaki ‘Kupas’ Teori Di Sebalik Penampilan Anwar Ibrahim

Sponsored

Banyak perubahan yang dapat disaksikan dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10. Bukan hanya perkara-perkara besar melibatkan isu negara malah etika pemakaian pemimpin itu juga antara perubahan yang dilihat oleh rakyat.

Perkara pertama yang menjadi perhatian ramai adalah semasa hari pertama beliau memasuki pejabat sebagai Perdana Menteri iaitu penampilannya berbaju Melayu dan memakai capal. Ada kalanya, beliau juga dilihat tidak memakai tali leher semasa memakai suit formal.

Sponsored

Susulan itu, ada yang terpanggil merungkaikan maksud di sebalik penampilan Perdana Menteri ke-10 ini yang kadang kala dilihat tidak memakai tali leher seperti pemimpin lain. Perkongsiannya di Twitter itu turut meraih perhatian ramai yang tertarik melihat teori yang dikongsikan.

Penampilan tanpa tali leher

Menurutnya, dia berasa pelik apabila ada masanya Anwar Ibrahim dilihat tidak memakai tali leher semasa mengenakan suit formal. Malah pada awalnya dia menyangka mungkin juga beliau terlupa mengenainya namun adalah mustahil untuknya terlupa tentang etika pemakaian itu.

Sponsored

“Ini mungkin satu kenyataan halus yang cuba disampaikan oleh beliau kepada orang awam.”

Jelasnya lagi, pemakaian tali leher biasanya mempunyai makna yang berbeza-beza mengikut budaya di tempat masing-masing. Tetapi berdasarkan kajiannya, tali leher membawa maksud simbol penyerahan dan penghambaan terhadap masyarakat elit yang korup.

Sponsored

Oleh itu, berkemungkinan besar DSAI tidak memakai tali leher secara berterusan untuk memberi maksud beliau tidak akan menyerah atau menghambakan diri kepada golongan yang korup semasa pemerintahannya.

Pakai semasa menghadap YDPA Agong

Namun ada masanya DSAI masih lagi memakai tali leher contohnya semasa menghadap YDPA Agong, di mana beliau dilihat memakai tali leher yang mungkin menunjukkan rasa taat dan patuh beliau terhadap titah baginda.

Dengan contoh yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri ke-10 ini, individu itu menganggap ini merupakan mesej yang baik dan membuka minda orang awam untuk menilai dalam setiap gerak geri dan perwatakan pemimpin tersebut.

Gambar terkini barisan kabinet

Walaupun ini hanyalah firasat yang dikongsikan oleh individu ini sahaja, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan ini. Malah ada yang memuat naik gambar terkini barisan kabinet di mana kebanyakannya tidak lagi memakai tali leher mengikut jejak langkah DSAI.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter