Syafiq Kyle Beli Kereta Untuk Dihadiahkan Pada Keluarga, “Dia One Cent Thief Bole La”

Sponsored

Pelakon dikenali dengan nama Syafiq Kyle baru-baru ini menjadi buah mulut ramai selepas dikhabarkan membeli sebuah kenderaan untuk dihadiahkan kepada keluarganya. Menerusi satu perkongsian video, dipaparkan pelakon One Cent Thief ini sedang berurusan dengan penjual kenderaan.

Video tersebut telah mencuri perhatian ramai dan menerima pelbagai reaksi netizen. Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak atau nama layarnya Syafiq Kyle dikatakan telah memilih kereta jenama Toyota Vellfire berwarna hitam.

Sponsored

Difahamkan pelakon tersebut membeli kenderaan itu untuk dihadiahkan kepada keluarganya. Di kenderaan dipilih itu turut ada ikatan reben merah sebagai tanda hadiah.

Berikut adalah rakaman Syafiq Kyle beli kereta untuk dihadiahkan pada keluarga yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok dengan nama akaun zarifrecondcar:

Sponsored
@zarifrecondcar

Thank You Syafiq Support Zarif Recond Car | Vellfire Golden Eyes #fyp #foryou #toyota

♬ DJ KNOW ME TOO WELL – REMIX – DJ TANI

Dalam video Syafiq Kyle beli kereta tersebut juga, pemilik akaun menulis seperti berikut:

“Terbaik Syafiq Kyle, hadiah Vellfire untuk keluarga. Terima kasih sokong Vellfire Golden Eyes”.

Sponsored

Di ruangan komen rata-rata warganet turut tumpang gembira melihat Syafiq Kyle kongsi rezeki bersama keluarganya. Malah ada juga yang bergurau pembelian itu dibuat hasil dari kejayaan jenayah siber berdasarkan drama lakonan Syafiq Kyle dalam drama One Cent Thief. Berikut antaranya:

“Fuh siap custom dah padulah mesti cash ni”

“Guna duit 1 sen dari setiap bank ke?”

“Dia one cent thief bole la. Sekali transaction bole dapat 80k perbank”

“Dia tahu hack acc bang”