Syafiq Yusof rancang jumpa abang & Ira Kazar

Sponsored

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya pada tahun 2023, pengarah yang dikenali ramai Syafiq Yusof yang juga merupakan adik kepada Syamsul Yusof bagaimanapun mengatakan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tersebut bersama abangnya itu dan kakak ipar baharu, Ira Kazar.

Pengarah filem Abang Long Fadil ini menerusi sumber berkata hubungan kekeluargaan antara mereka masih terjalin baik. Ini disebabkan air yang dicincang tidak akan putus.

Sponsored

“Apapun berlaku, saya akan berjumpa dan beraya dengan abang. Saya memang dah rancang akan pergi rumah abang dan bawa isteri sekali. Saya harap hubungan keluarga kami kembali seperti dulu kerana tiada manusia yang sempurna di dunia. Hari Raya adalah peluang bermaaf-maafan antara satu sama lain.” Ujar Syafiq Yusof dalam Utusan selepas pelancaran filem terbaharu berjudul Polis Evo 3.

Syafiq Yusof juga ditanyakan tentang kesediaannya untuk mempertemukan isteri baharu abangnya dengan kesemua ahli keluarga lain dimana dia menjawab belum mempunyai perancangan sebegitu.

Sponsored

Tetapi dia sebagai adik sentiasa memberikan nasihat serta kata-kata semangat buat Syamsul Yusof yang dilihat sendiri menghadapi dugaan hidup itu. Dalam pada masa sama, Syafiq Yusof juga berharap agar krisis tersebut berakhir segera.

“Abang balas mesej dan dia sedar apa yang terjadi. Sebagai adik, saya perlu bagi sokongan moral selepas dia diserang daripada pelbagai penjuru terutamanya daripada netizen. Saya harap krisis ini berakhir segera.”

Sponsored