Terpinga-Pinga Ikut Sekali, Gelagat Trio Mat Salleh ‘Join’ Ultras Malaya Jadi Bualan Ramai

Sponsored

Kalau sebut tentang Harimau Malaya, memang tidak sah lah jika tiada Ultras Malaya kan? Baru-baru ini, skuad kebangsaan negara berjaya menumpaskan Kemboja dengan skor 4-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.

Difahamkan, perlawanan ini adalah salah satu persediaan Malaysia bagi menghadapi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang bakal berlangsung minggu hadapan. Di sebalik kemenangan besar skuad Harimau Malaya ini, tular rakaman tiga Mat Salleh yang turut sama menyertai Ultras Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil ini.

Sponsored

Menerusi rakaman yang dikongsikan itu, kelihatan tiga Mat Salleh yang hadir menonton perlawanan di stadium malah mereka juga turut memakai jersi Harimau Malaya. Bagi menunjukkan sokongan kepada skuad negara, mereka kemudiannya dilihat menyertai Ultras Malaya melakukan sorakan.

@lilnoblee

hahahah dorg ikut je 😂 Malaysia vs Cambodia

♬ original sound – Lil Eyka – Lil Eyka

Walaupun kelihatan terpinga-pinga dan keliru dengan situasi itu, mereka tetap mengikuti sorakan dan siap memeluk bahu satu sama lain. Video yang tular itu turut menerima reaksi positif dari netizen yang berasa terharu melihat sokongan yang diberikan.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat reaksi terpinga-pinga mereka ini semasa menyertai Ultras Malaya. Dalam masa yang sama, ada yang memberitahu mungkin juga mereka tertarik melihat semangat yang ditunjukkan Ultras Malaya menyebabkan mereka turut sama mahu menyertainya.

“First time tengok mat salleh join ultras malaya.”

Sponsored

“Member sebelah tanya lagu apa tu, kau bedal je.”

“Ini namanya enjoy je walaupun tak tahu pape.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok