Tindakan Gadis Undur Kereta Untuk Keluarkan Kucing Dikecam, “Kucing Tu Nampak Cemas Sangat…”

Sponsored

Tular di Twitter satu hantaran video memaparkan gelagat seorang gadis sedang mengundurkan keretanya dari tempat parkir. Video yang dimuat naik itu telah menerima kecaman hebat netizen terutamanya pencinta kucing yang berang dengan tindakan selamba gadis itu.

Di dalam video tersebut, kelihatan seekor kucing yang berada di celah tayar kereta dan takut untuk berpijak di lantai memandangkan kawasan parkir itu dipenuhi dengan air. Apa yang menimbulkan kemarahan ramai ialah gadis itu bertindak mengundurkan keretanya secara perlahan-lahan untuk mengeluarkan kucing tersebut.

Sponsored

Dalam masa yang sama, gelagatnya ini turut diperhatikan rakan-rakannya yang lain yang memberikan arahan untuknya berundur perlahan-lahan. Pada penghujung video, kucing tersebut yang berada dalam keadaan panik kemudiannya melompat turun dari tayar kereta itu.

Perkongsian video itu telah menerima kecaman ramai yang mengutuk tindakan gadis itu mengeluarkan kucing tersebut dengan cara bahaya seperti ini. Netizen menganggap mungkin juga gadis itu enggan berpijak pada kawasan parkir yang basah dipenuhi air itu untuk mengeluarkan kucing tersebut.

Sponsored

Namun rata-rata netizen berpendapat ada cara yang lebih baik dan selamat yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan kucing tersebut dari tayar kereta itu. Setakat ini, video yang dimuat naik di Twitter itu telah menerima lebih dari dua juta tontonan sebaik sahaja ianya dikongsikan.

“Aku kan… puasa puasa ni menahan sabar ya. Pertama bahaya, kedua kucing tu memang nampak cemas sangat. Kalau let say tersalah step macam mana…”

Sponsored

“Mati ke kalau celupkan kaki ke dalam takungan air tu untuk selamatkan kucing?”

“Basah boleh kering, kalau mati boleh hidup balik ke bebals.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter