Dr Rafidah Nafi Tuduh Khairul Aming Punca Masalah Kesihatan Rakyat Malaysia, “Ramai Salah Anggap…”

Sponsored

Personaliti media sosial, Khairul Aming baru-baru ini menerima kritikan dari doktor selebriti iaitu Dr Rafidah berkenaan resepi masakan yang dikongsikannya. Khairul Aming walau bagaimanapun menerima kritikan tersebut secara terbuka malah turut menasihatkan orang ramai mengawal pemakanan mereka.

Namun Dr Rafidah telah menerima kecaman ramai di mana kebanyakan netizen mengambil teguran tersebut dari segi negatif. Sehinggakan ada yang mengecam tindakan doktor selebriti itu meninggalkan komen sedemikian kepada Khairul Aming.

Sponsored

Sedar teguran tersebut telah disalah ertikan, Dr Rafidah tampil membuat permohonan maaf di Twitter. Menurutnya, ramai yang salah sangka dan menganggap dia menuduh Khairul Aming sebagai punca kepada masalah kesihatan yang dihidapi rakyat Malaysia.

“Saya mohon maaf kerana saya nampak ramai yang salah anggap yang saya menuduh En Khairul Aming merosakkan kesihatan rakyat Malaysia. Dua ayat terakhir saya sepatutnya di para yang lain.”

Sponsored

Jelasnya, dia tidak ada menuduh sesiapa dalam hal ini namun sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang doktor untuk menegur dari sudut kesihatan. Malah dia turut meluahkan rasa syukur apabila teguran tersebut telah membuatkan ramai sedar tentang pengambilan kalori dan peka dengan kesihatan mereka.

“Saya tidak menuduh siapa pun. Kesihatan anda adalah tanggungjawab diri anda. Tapi saya perlu memberi pendapat professional saya tentang apa yang saya lihat. Alhamdulillah sekarang ramai dah sedar sambal sangat banyak kalori. Nak makan, makan secubit dua sudah memadai.”

Sponsored

Terdahulu, ada yang bersetuju dengan nasihat dari Dr Rafidah ini namun kebanyakannya membangkang teguran yang diberikan kepada Khairul Aming ini. Menurut mereka, Khairul Aming hanyalah seorang content creator dan bukannya kaunselor pemakanan yang bertauliah untuk mengambil tahu tentang nutrisi pemakanan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter