Ibu Kongsi Foto Bersama Ameera Khan Di Madinah, “Ingatkan orang Turkey…”

Sponsored

Boleh dikatakan berada di kelasnya tersendiri, Ameera Khan baru-baru ini kembali mencuri perhatian ramai selepas dilihat bersama ibunya menunaikan Umrah. Berpenampilan sangat sopan dan terserlah kejelitaannya, biarpun nampak dari sipi-sipi sahaja namun tetap meraih perhatian ramai.

Dalam perkongsian di Instagram ibu selebriti tersebut, dipaparkan beberapa foto dua beranak ini membuat ibadah di tanah suci Madinah dan Mekah. Terlihat Ameera Khan di sisi ibu Neelofa, Noorkartini membuatkan perkongsian tersebut menjadi bualan ramai.

Sponsored

Selain dari itu satu kompilasi foto dan video dari akaun yang sama turut mencuri perhatian ramai. Ameera Khan dan ibu dilihat mengenakan jubah dan tudung labuh berwarna kelabu nampak sangat cantik.

Biarpun dalam kebanyakan foto yang dimuat naik, wajah Ameera Khan hanya diperlihatkan dari sisi tepi sahaja, namun kecantikannya tetap terserlah membuatkan ramai yang memujinya.

Sponsored

Ini pula adalah perkongsian foto dengan paparan Ameera Khan bersama ibunya ketika berada di Madinah. Dua-dua pun terserlah kejelitaan masing-masing.

Malah di ruangan komen perkongsian foto bersama Ameera Khan ini, rata-rata warganet memuji kecantikan gadis jelita tersebut. Malah ada juga yang memuji Ameera kelihatan seperti orang Turkiye. Tak kurang juga yang bertanya mengapa Ameera asyik sorok muka bila bergambar. Berikut antaranya:

Sponsored

“Ingatkan orang Turkey. Rupanya Ameera Khan…”

“Ameera betul-betul jaga pandangan dia..mashaAllah”

“Comey dooh Ameera pakai gini. Semoga Ameera istiqomah..Bidadari sungguh”