“Cakap kuat salah”- Pemilik Kieda Crepe cakap ‘slow’ pula dikomen, buat netizen hairan

Sponsored

Beberapa kali menerima kritikan hebat di media sosial membuatkan seorang usahawan dikenali dengan pencuci mulut viral, Kieda Crepe sering menjadi sorotan ramai. Pemilik Kieda Crepe iaitu Siti Nur Khalieda Yusra ini bagaimanapun menarik perhatian netizen lagi.

Terdahulu cara percakapan yang dikatakan kuat terhadap pemilik Kieda Crepe ini turut menjadi isu bagi sesetengah pihak. Namun begitu, nampaknya selepas melakukan perubahan ternyata mengundang pula rasa hairan netizen kerana cara percakapan usahawan ini masih sahaja dikomen.

Sponsored

“Bila orang dah kurang datang, intonasi suara pun jadi slow… lagu pun slow,” komen seorang individu yang turut menarik perhatian Khalieda untuk memberikan responnya pula memandangkan dia juga sudah melakukan perubahan dari segi percakapannya.

@kiedaamy

Replying to @Usher Rough kadang bila kita usaha jadi lagi baik memang selalu ujian datang. Tapi Allhamduliah ! Rezeki Allah bagi 🤍 syukur .

♬ original sound – トワン・カシャ🇲🇾 – トワン・カシャ🇲🇾

“Kadang bila kita usaha jadi lagi baik memang selalu ujian datang. Tapi Alhamdulillah! Rezeki Allah bagi, syukur,” katanya yang membuatkan ramai hadir untuk memberikan komen mereka pula yang rata-ratanya turut hairan apa lagi yang tidak kena.

Sponsored

‘Cakap slow salah, cakap kuat salah. Haishh susah betol nak puaskan hati semua’

‘Ok dah tu cakap slow slow, lama-lama orang suka la’

Sponsored

‘Heran sungguh mulut manusia lani. Kita doakan yang baik-baik tak leh ka. Semoga dipemudah urusan ya’

‘Dorang ni baru follow kadang tu, banyak bunyi. Kieda sekarang bukak sampai malam, so crepe sentiasa ada. Tak yah berebut-rebut…’

Sumberkiedaamy