Rakaman Lampu Isyarat ‘Tunduk’ Ke Bawah Jadi Bualan Ramai, “Tala Kot Bawah Siapa Nak Tengok…”

Sponsored

Baru-baru ini tular satu rakaman video yang dikongsikan di platform Tik Tok apabila sebuah lampu isyarat dilihat dalam keadaan yang menunduk ke bawah. Video yang dimuat naik itu turut menjadi bualan ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.

Menerusi hantaran tersebut, pemilik video menunjukkan keadaan lampu isyarat yang ditemuinya semasa dia sedang menunggu lampu merah. Kelihatan di seberang jalan, lampu tersebut berada dalam keadaan menghala ke bawah dan bukannya ke atas seperti biasa.

Sponsored

Dalam masa yang sama, pengguna jalan raya yang lain turut berasa pelik dan hairan bagaimana pemandu lain ingin melihat arahan pada lampu isyarat tersebut. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di manakah lokasi kejadian itu berlaku.

Perkongsian video ini turut meraih perhatian ramai dan rata-ratanya turut terhibur melihat situasi yang dikongsikan. Pelbagai spekulasi yang ditimbulkan netizen di mana ada yang berpendapat mungkin juga ada masalah teknikal pada lampu isyarat itu sehingga membuatkan ia berpusing ke bawah.

Sponsored

“Traffic light harry potter. Laluan ke langit.”

“Lampu isyarat pun reti penat noh. Dok tegak hari-hari bukan orang nak bayar hahaha.”

Sponsored

“Kereta datang dari bawah tanah tu, tu lampu tala gitu.”

Meninjau di ruangan komen, netizen turut berseloroh mungkin juga lampu isyarat itu sudah ‘penat’ dengan perangai segelintir pemandu yang tidak mematuhi lampu isyarat di situ. Dalam masa yang sama, ramai yang berharap masalah itu dapat diselesaikan segera kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok