Kena Tegur Dengan Jurulatih Luar Negara, Isu Pemain 14 Tahun Ditampar Dah Sampai ‘Oversea’, “Malunya…”

Sponsored

Sebelum ini, tular di media sosial klip video memaparkan aksi seorang jurulatih pasukan bola tampar perempuan bawah 14 tahun yang menampar dua pemainnya. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja B14 di Kota Tinggi, Johor.

Video itu kemudiannya tular di media sosial di mana rata-rata netizen berasa marah dan geram dengan tindakan kasar dari jurulatih tersebut kepada pemain muda itu. Malah ramai yang turut meminta siasatan dilakukan dan tindakan dapat diambil terhadap jurulatih terbabit.

Sponsored

Isu ini bukan sahaja menerima perhatian dari netizen Malaysia malah video itu kini turut tular sehingga ke luar negara. Terbaru, jurulatih bola sepak terkenal Mehran Rowshan turut memuat naik sebuah video memberikan teguran di atas insiden yang berlaku ini.

@mehranrowshan

If this happens around you 😡, don’t stay quite! A fossil slapping his players! #bullying #dinosaurcoach #safeguardingchildren

♬ Sweet Dreams – Ravens Rock

Di dalam video tersebut, dia meluahkan rasa terkejut melihat insiden tersebut malah turut tertanya-tanya dengan reaksi yang diberikan kedua-dua pemain itu. Menurutnya, dua atlet yang ditampar itu langsung tidak kelihatan terkejut dengan tindakan jurulatih mereka seolah-olah perkara ini sudah banyak kali terjadi sebelum ini.

Sponsored

Netizen luah rasa terkejut

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyangka isu ini telah sampai ke luar negara dan menerima perhatian dari jurulatih Mehran Rowshan ini. Malah ada juga yang berasa malu dengan insiden yang berlaku ini kerana telah mencemarkan imej sukan negara.

“Malunya sampai ke luar negara.”

Sponsored

“Jauh merayap coach bola tampar tu. Mana la dia nak letak muka dia.”

“Uish sampai kat coach ni mat…”

Difahamkan, semalam jurulatih terbabit telah digantung daripada melibatkan diri dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan sehingga siasatan selesai. Persatuan Bola Tampar Malaysia (Mava) memaklumkan pihaknya akan menyiasat kejadian tersebut dan sama sekali tidak akan bertoleransi dengan sebarang penggunaan kekerasan ke atas mana-mana pihak.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.