Isu Tudung Sekolah Kena Gunting, Tukang Jahit Tampil ‘Backup’ Cikgu, “Tidak Boleh Berekor Sangat…”

Sponsored

Baru-baru ini, tular satu rakaman di Tik Tok memaparkan seorang cikgu yang sedang menggunting bahagian belakang tudung seorang pelajar wanita.

Walaupun tidak dapat dipastikan apakah puncanya, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dan marah melihat tindakan cikgu terbabit yang telah merosakkan tudung anak muridnya itu.

Sponsored

Video yang tular itu turut menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana ada yang mendakwa pelajar tersebut telah melanggar peraturan sekolah menyebabkan tindakan terpaksa diambil oleh cikgu tersebut.

Melanggar peraturan sekolah

Isu ini turut menerima perhatian seorang tukang jahit yang berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai video tersebut. Menurutnya, dia sering kali menerima tempahan untuk tudung sekolah dan sangat faham mengenai peraturan yang ditetapkan di sekolah.

Sponsored

“Sebagai tukang jahit pakaian muslimah, saya rasa patut untuk saya share pada semua tailor yang ambil tempahan tudung sekolah. Agar kita lebih cakna. Untuk tudung sekolah labuh TIDAK BOLEH berekor sangat. Dikira fesyen. Kalau jahit kena bulat sikit.”

Tambahnya lagi, kebiasaannya pelajar yang memakai tudung labuh tidak dibenarkan mempunyai ‘ekor’ pada bahagian belakang tudung kerana dikira sebagai fesyen. Malah rata-rata yang pernah bersekolah di sekolah agama juga turut mengesahkan peraturan itu sememangnya ada.

Sponsored

Tukang jahit itu turut meminta orang ramai untuk tidak mengecam cikgu terbabit kerana mungkin juga beberapa amaran sudah diberikan kepada pelajar tersebut sebelum tindakan itu dilakukan.

Dalam masa yang sama, dia turut menasihatkan netizen untuk memandang video yang tular itu dari sudut yang baik sahaja. Difahamkan, video yang dimuat naik di Tik Tok itu telah pun dipadamkan sebaik sahaja menerima kecaman hebat dari netizen.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.