Bila mahu hidup bersama sudah tentunya pelbagai perkara diambil kira dan perhatian. Antaranya adalah perangai dan kebersihan. Terkadang bila sudah menjadi habit memang agak sukar untuk ‘mendisiplinkan’ semula.
Terbaharu satu luahan seorang wanita yang bakal berkahwin mengenai tunang pengotor ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi luahan tersebut, gadis ini menceritakan dia terkejut apabila ‘tinjau’ bilik bakal suami di rumah keluarga.
Menurutnya pada malam itu dia ke rumah keluarga bakal mertua untuk makan malam dan entah kenapa dia terdetik untuk meninjau bilik bakal suaminya. Sebaik buka pintu bilik dia sangat terkejut dengan keadaan ruang tersebut.
Bukan hanya sekadar bersepah dengan tin minuman, barang-barang, malah keadaan biliknya turut berbau kepam. Bau tuala basah yang tidak disidai bercampur dengan rokok yang mana tingkap bilik tidak pernah dibuka.
Melihatkan keadaan tersebut menyebabkan persepsinya pada tunangnya berubah. Malah dia mula berasa ‘geli’ bila dekat dengan bakal suaminya serta teringatkan keadaan bilik tersebut.
Tambahnya lagi, dari luaran lelaki itu memang nampak kemas, namun dia tidak sangka keadaan sifat pengotor tunang itu. Di ruangan komen perkongsian ini rata-rata warganet meninggalkan cadangan penyelesaian kepada gadis berkenaan dan berikut antaranya:
“Berterus terang. Kalau dia sayang betul dia akan berubah sebelum kahwin…”
“Kalau rasa tak yakin, takyah kahwin. Awak akan jadi dia punya orang gaji nanti..”
“Hahaha aku memang tak leh tolerate bau kepam! Kalau dah bertunang tu aku assume umur dah 25 ke atas la. Nak ubah habit tu makan masa…”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Sumber: ConfessTweetMy