Bekas Tunang Ikon Permotoran Kesal Nama Terpalit Isu Sedang Hangat, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Sponsored

Beberapa hari lalu heboh diperkatakan mengenai seorang pemuda digelar ikon permotoran yang telah ditahan pihak polis. Ini berlaku kerana individu itu disyaki telah mengugut untuk menyebarkan gambar tidak senonoh bekas teman wanitanya.

Laporan mengenai penahanan ikon permotoran itu dipetik di Berita Harian dan Timbalan Ketua Polis Gombak mengesahkan tahanan reman selama empat hari bagi tujuan siasatan.

Sponsored

Nama bekas tunang terkait biarpun tiada kena-mengena

Namun begitu disebabkan berita mengenai perkara tersebut menjadi perhatian ramai, tak semena-mena nama bekas tunang ikon permotoran turut terpalit dalam isu tersebut. Bekas tunang ikon permotoran itu juga adalah seorang pempengaruh yang dikenali sebagai ‘Sha Moy’.

Sponsored

Dalam satu muat naik menerusi Instagram stories milik gadis ini yang juga bekas tunang ikon permotoran itu tampil menjelaskan apabila ada yang mengaitkan namanya dengan isu tersebut.

Bekas kekasih, bukannya bekas tunang

Sponsored

Menurut gadis ini, menerusi tajuk sebuah berita itu jelas dipaparkan bekas kekasih dan bukannya bekas tunang. Tambahnya ia adalah berkaitan ‘ex ex’ dia yang dulu.

“Saya hanya ‘bekas tunang’ bukan ‘bekas kekasih’. Jangan buat apa-apa andaian yang melebih. Kenyataan yang dikeluarkan di media harini tiada langsung kena mengena dengan saya”, tulis pemilik akaun Instagram Shaamoy_ ini.

Dalam satu muat naik lain menerusi akaun media sosial tersebut, gadis ini menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang menabur fitnah kepadanya.