“Beli RM20k je dah jadi RM270k”, Ryzal DurianKimchi dedah sebab beli ‘Pram’ mahal untuk anaknya

Sponsored

Pasangan Youtuber dengan nama saluran DurianKimchi ini sememangnya unik dan istimewa di mata peminat mereka. Hasil perkahwinan campur Kelantan dan Korea membuatkan ramai yang suka tengok gelagat isteri Ryzal iaitu Maryam.

Dalam satu perkongsian menerusi akaun TikTok Ryzal DurianKimchi dedah sebab beli ‘pram’ mahal buat anaknya, Rina. Kereta sorong dengan roda empat berbentuk klasik itu pernah menjadi pertikaian ramai kerana ada yang dakwa terlalu mahal untuk ‘kenderaan’ si cilik.

Sponsored

Bagaimanapun, baru-baru ini Ryzal DurianKimchi dedahkan sebab mengapa dia membeli kenderaan empat roda buat anaknya itu yang dipanggil pram. Untuk info, harga semasa Ryzal membeli pram tersebut adalah RM20 ribu.

Menurutnya harga pram itu kini sudah mencecah RM270 ribu. Berikut adalah muat naik dari Ryzal DurianKimchi dedah sebab beli pram mahal ini:

Sponsored
@ryzalibrhm

Beli RM20k je dah jadi RM270k

♬ Santai – Faizal Tahir

Wow, jauh betul beza harga dari masa Ryzal beli dan harga terkini itu. Di ruangan kapsyen, Ryzal menulis seperti berikut:

“Beli RM20K je dah jadi RM270K”

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut kagum dengan perbezaan harga pram yang dikongsikan oleh Ryzal ini. Berikut antaranya:

“Bestnya ada mak bapak kaya raya”

“Kalau aku kaya, aku pun nak beli ni. Bia la orang nak cakap apa. Hahaha yang penting aku mampu sebab tu aku beli”

“Inilah sebabnya kenapa yang kaya bertambah kaya dan yang miskin jadi lebih miskin. Mereka lihat ianya sebagai pelaburan manakala orang miskin, ‘bodoh beli mahal2′”

“Memang mahal dekat dalam cerita birthcare centre kdrama stroller ni paling mahal. Dah pakai ni auto kena upgrade kereta lagi besar sebab nak simpan tak muat”