Orang lain sibuk mengacara, Uyaina & Fiza Sabjahan selamba tapau makanan di WHI cuit hati ramai

Sponsored

Kalau sebut nama pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) iaitu Uyaina Arshad dan Fiza Sabjahan sememangnya ramai kini sering terhibur dengan telatah mereka. Manakan tidak, jika ditonton menerusi kaca televisyen, kelihatan mereka agak serius.

Walaupun begitu, siapa menyangka mereka di luar kaca televisyen merupakan pengacara yang agak sempoi sahaja. Seperti dalam satu muat naik yang tular ini menarik tumpuan ribuan warganet mengundang pula mereka tercuit hati dengan perangai kedua-dua pengacara Wanita Hari Ini (WHI) itu.

Sponsored

Ini kerana dalam video berkata ‘orang lain sibuk mengacara diorang berdua sibuk ambil makanan’ rupa-rupanya individu yang dikatakan adalah Uyaina Arshad dan Fiza Sabjahan.

Dipanggil sebagai Bazar WHI, kelihatan dalam video Uyaina dan rakannya itu sedang asyik membungkus makanan sehinggakan kecomelan mereka menjadi perbualan ramai diruangan komen.

Sponsored

Dalam pada itu, Uyaina Arshad diruangan komen pula berkata mereka pergi buffet Ramadan juga mereka tapau, jadi apalah sangat di Bazar WHI. Komen yang ditinggalkan rakan pengacara mereka iaitu Fahrin Ahmad juga mengatakan patulah apabila gilirannya pula mahu tapau tapi tidak kesampaian kerana habis.

“Min pergi buffet Ramadan orang pun kitorang tapaw, apa la sangat kat Bazar WHI ni”

Sponsored

“Padanlah bila aku nak tapau, diorang kata dah habis…’

“Comey je aku tengok”

“Geng mak-mak macam ni la…”