Heboh Jakarta Bakal Tenggelam, Beberapa Video Dikongsikan Buat Ramai Risau!

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini beberapa video dengan paparan paras air laut di Jakarta Indonesia yang semakin meningkat naik telah menjadi bualan hangat ramai. Perkongsian tersebut telah menimbulkan rasa kerisauan penduduk setempat dan netizen.

Salah satu video yang telah mencuri perhatian ramai adalah yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun akuajaibb. Dalam rakaman tersebut, dipaparkan suasana satu tembok tinggi yang menghalang air melimpah ke perkampungan.

Sponsored

Apa yang membuatkan ramai terpegun adalah air laut itu hampir melimpah ke daratan biarpun ada tembok tersebut. Terpapar juga beberapa penduduk tempatan yang mengambil gambar dan video suasana tersebut.

Berikut adalah rakaman dengan paparan heboh Jakarta bakal tenggelam ini:

Sponsored

Malah video tersebut turut dimuat naik semula menerusi akaun Twitter dan menjadi bualan hangat warga maya aplikasi itu.

Selain dari itu, sebelum ini ada satu video ringkas yang menceritakan tentang sebuah kampung. Dahulunya kampung ini berada di darat dan kini tidak lagi. Ia menjadi sebuah perkampungan terapung disebabkan fenomena air semakin meningkat tersebut.

Sponsored
@narasi

Jakarta diprediksi tenggelam pada 2050. Hampir sebagian wilayahnya diprediksi akan terendam air laut. #Narasi #BukaMata

♬ original sound – Narasi – Narasi

Isu Jakarta bakal tenggelam ini telah membuatkan warganet membincangkan mengenainya. Berikut antaranya:

Ada yang memberitahu disebabkan isu ini kerajaan pusat Indonesia berpindah ke Kalimantan dan penduduk berhampiran diarahkan untuk berpindah. Malah ada jangkaan yang mengatakan 2050 satu kota Jakarta akan tenggelam.

Selain dari itu, ada juga yang menzahirkan rasa risau mengenai perkara tersebut turut bakal dirasai di Malaysia. Ada segelintir yang mengetengahkan masalah iklim dan kerakusan menjarah sumber alam untuk kepentingan diri.

SumberTikTok