Viral Bernazar Akan Kahwin Kalau DSAI Jadi PM, Gadis Dedah Sudah Jumpa Jodoh Buat Ramai Pelik, “Bapak Cepat…”

Sponsored

Sebelum ini, pernah viral perkongsian seorang gadis di Twitter apabila dia bernazar akan berkahwin tahun ini sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-10. Hantaran yang dimuat naik pada penghujung bulan November itu kemudian meraih perhatian netizen yang mendoakan gadis itu dapat merealisasikan nazar tersebut.

Namun ada juga yang meragui sama ada gadis itu sempat untuk mencari jodoh memandangkan kita sudah berada di penghujung tahun. Netizen turut menjelaskan hukum bernazar dan memberitahu apa yang perlu dilakukan gadis itu sekiranya dia tidak mampu melunaskan nazar tersebut.

Sponsored
Akan berkahwin hujung tahun ini

Baru-baru ini pula, gadis itu mengejutkan ramai apabila mendedahkan dia akan mendirikan rumah tangga pada hujung bulan ini dan memberitahu telah berjumpa dengan jodoh yang dicarinya.

Menurutnya, dia akan melangsungkan perkahwinan pada 30 Disember ini dan mengakui sudah berjumpa dengan lelaki idamannya. Gadis itu turut mempelawa orang ramai untuk menyaksikan majlis pernikahannya itu menerusi sesi ‘live’ di akaun media sosialnya kelak.

Sponsored
Reaksi netizen

Perkongsian terkini yang dikongsikan ini turut dihujani ucapan tahniah dari netizen yang tumpang bahagia gadis itu berjaya melakukan nazarnya itu. Namun ada juga yang meluahkan rasa pelik dan meragui ‘tweet’ asal yang dimuat naik gadis itu tentang iklan mencari jodoh buatnya.

Netizen mendakwa kemungkinan besar gadis itu sudah pun mempunyai pilihan hatinya dan sudah merancang untuk berkahwin semasa memuat naik iklan mencari jodoh itu. Malah ada yang mengatakan proses menyiapkan dokumen bagi akad nikah bukanlah satu proses yang senang dan cepat.

Sponsored

Walau bagaimanapun, ada yang turut mempertahankan gadis itu dan memberitahu tidak mustahil dia mampu menyelesaikan urusan pernikahan semudah dan secepat itu. Dalam masa yang sama, netizen turut mengucapkan tahniah dan mendoakan perkahwinan yang akan dibina ini kekal hingga akhir hayat.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter