“Siap boleh pusing2”- Bella Astillah berjaya angkat, Siti Khadijah terkejut!

Sponsored

Dua pelakon popular dalam dunia hiburan tanah air iaitu Siti Khadijah Halim dan Bella Astillah menarik perhatian umum dengan gelagat mereka. Bella Astillah merupakan pelakon kecik molek, sangat disenangi ramai dengan sikap lemah lembutnya namun gelagat dia kali ini membuatkan ramai tidak menyangka.

Tak ubah kecil-kecil cili api dimana meskipun Bella Astillah ini dilihat kecil namun sangat kuat. Perkongsian pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali ini diruangan akaun miliknya ini memaparkan gelagat Bella Astillah yang mengatakan ingin membuat magik.

Sponsored

“Bella ada nak buat magik show, Bella nak angkat Siti Khadijah,” katanya dalam video sehingga mengundang Siti Khadijah pula merasa blur ketika itu.

Menerusi rakaman video pendek ini cukup memaparkan Bella Astillah dengan selamba mengangkat Siti Khadijah Halim yang terkejut dengan kekuatannya sehingga dia mampu juga berpusing-pusing selepas berhasil mengangkatnya.

Sponsored
@sitikhadijahhalim_

Dia boleh angkat i???🥲😆😩@Bella Astillah

♬ PRETTY BOY FLOW – STURDYYOUNGIN

“Dia boleh angkat i???,” Tanya Siti Khadijah Halim diruangan kapsyen yang mana pelakon ini juga terkejut dengan kekuatan Bella Astillah yang nampaknya sahaja kecik molek namun sangat kuat sehingga boleh mengangkatnya. Muat naik video tersebut bagaimanapun menarik perhatian warganet untuk meninggalkan pelbagai komen pula.

“Macam tu je dia angkat awak”

Sponsored

“Lepas angkat tu and berpusing nampak siti macam princess”

“Comel sangat siti dan bella ni. Angkat siti macam tu aja”

“Siap boleh pusing-pusing”